Loading...
Oleh Muhaimin Sulam
Makan Malam Sheraton adalah satu majlis politik yang dirancang sangat berstrategik. Kalau ikutkan pengikut tegar teori konspirasi, perancangan ini tahap Yahudi. Sangat kemas dan tersusun. Kehadiran ahli Parlimen daripada pelbagai parti menggambarkan bahawa Azmin mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi di kalangan mereka.
Dari Perlis hingga ke Sabah mengadap juadah malam yang sangat menggemparkan. Memetik kata-kata seorang pemberita veteran, hakikatnya tiada yang berlaku apa-apa. Nothing happen. Namun segala bala tentera pemberita dan propaganda berada pada titik yang. sama. Mereka menunggu berita. Tiada apa-apa.
Pada saya, itulah kegagalan. Susulan itu, PKR pecat Azmn dan rakan-rakannya. Harus diingat, drama ini belum berhenti. Masing-masing ingin menjadi penganalisa drama.
Majlis Makan Malam itu, Tun dijangka akan turun sama tetapi seperti sedia maklum, Tun tiada.
Gerakan yang diketuai Azmin menggunakan keramat Tun sebagai kameyan yang menarik segala malaikat turun ke bumi. Gerakan ini tiba-tiba melonjak nampak apabila mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat itu menyaksikan perbahasan hangat tentang tempoh peralihan kuasa.
Perbahasan itu berkisar soal Tun harus memberi tarikh peralihan yang tuntas. Adat berbahas, biasalah. Perbahasan itu ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai satu tekanan kepada Tun. Namun pada akhirnya, semua ahli mesyuarat bersepakat bahawa Tun diberikan kebebasan untuk menentukan waktu peralaihan itu berlaku.
Dalam sejarah politik, ramai tidak melihat keputusan mesyauarat tetapi lebih gemar menyeldilik bagaimana proses keputusan itu dibuat. Begitulah juga dengan perjalanan mesyuarat tersebut.
Cadangan supaya ada ketetapan tarikh peralihan jawatan politik itu dianggap Muhyuddin, Azmin sebagai satu langkah yang menafikan untuk Tun terus kekal menjadi PM hingga akhir penggal.
Sedangkan persetujuan awal semasa pembentukan kerajaan PH, jawatan Tun sebagai PM adalah proses peralihan kepada Anwar. Bahkan sebelum PRU lagi, PH sudah mewar-warkan Tun sebagai PM7 dan Anwar sebagai PM8. Setelah menjadi kerajaan, persetujuan ini diperbahaskan keperluannya. Maka, di situlah bermulanya retak dalaman PH.
Sementelahan banyak pendekatan kerajaan PH dilihat tidak mesra Melayu Islam, tindakan gopoh sesetengah pemimpin Dap, kelemahan media PH, mentaliti masyarakat dan sebagainya menjadikan nilai Anwar sebagai PM8 dipersoalkan. Hatta daripada rakan-rakan rapat Anwar sendiri. Satu demi satu orang kuat Anwar beralih arah.
Antara kelemahan Anwar adalah kegagalan mengurus Azmin yang bijak memanfaatkan kedudukannya sebagai menteri. Anwar masih belum diterima sebagai rakan kongsi politik Bersatu.
Oleh sebab itu, Muhyiddin sanggup kembali bersama Umno. Ini kerana idea Melayu-Islam sangat dominan dalam politik Malaysia.
Idea Melayu-Islam adalah produk slogan politik sangat sangat laku saat ini. Biarpun PH mempunyai lebih ramai ahli parlimen Melayu-Islam tetapi PH gagal mengurus media sosial, perspektif itu meliar dan marak secepat api yang membakar lalang kering.
Seperti kata LGE, pertemuan pimpinan PH semalam sangat emosional. Wan Azizah menangis selepas jumpa Tun. Bang Matpun mengalir air mata jantannya. Tun memaklumkan bahawa beliau sudah hantar surat letak jawatan PM kepada Agong.
Tun tidak boleh mengetuai Bersatu yang membuat keputusan yang tidak selari dengan pendiriannya. Pada Tun, beliau tiada masalah dengan PH.
Tun tidak dapat menerima untuk membentuk pakatan baru yang disertai Umno dan Pas secara blok. Tun mungkin tiada masalah dengan beberapa pimpinan Umno dan Pas.