Loading...
Oleh
NASI sudah jadi bubur.
Dagangan ringgit dalam pasaran kewangan pagi ini akan menunjukkkan kemerosotan keyakinan ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas ahli Parlimen parti yang tidak mendegar kata itu secara terbuka bersekutu dengan musuh politik mereka, Umno dan PAS pada malam tadi.
Ringgit jatuh 2 sen ke paras RM4.21 berbanding dolar Amerika manakala KLCI jatuh hingga ke bawah paras psikologi 1,500 mata – ke paras 1,498.47 dalam masa 15 minit sejak dagangan dibuka.
Bagi Umno dan PAS, usaha pada hujung minggu ini hanyalah untuk memecahkan gabungan parti kerajaan tanpa perlu membentuk gabungan kerajaan dengan banyak puak ahli Parlimen Bersatu dan PKR.
Namun dengan perkembangan pada hari itu, DAP dan Amanah akan berasa sukar bekerjasama dengan menteri yang bersekongkol secara terbuka dengan musuh politik – ada di antaranya yang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah.
Sasaran bagi operasi pada hujung minggu itu amat jelas, untuk menyekat Anwar Ibrahim daripada berkuasa kini dan selamanya, hanya dengan ugutuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Mesyuarat Majlis Presiden PH memateri tempoh jawatan Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau berasa bersedia untuk meletak jawatan selepas sidang kemuncak Apec KL 2020 namun sesetengah ahli Parlimen PKR dan Bersatu itu terlalu awal.
Menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri hanya satu cara lunak untuk menyatakan mereka tidak mahu Anwar di jawatan tersebut.
Sebab itulah banyak mesyuarat dijalankan pada hujung minggu lalu untuk menyusun semula satu kerajaan gabungan baharu tanpa Anwar.
Adakah ia akan berjaya? Tiada kerajaan baharu dibentuk setakat ini namun retaknya sudah mula nampak. Ahli Parlimen PH yang bersantap dengan musuh mereka semalam menunjukkan mereka memihak dan Dr Mahathir juga sukar untuk mengabaikan perkara ini.
Beliau boleh mengekalkan kerajaan seperti sedia ada. Atau beliau boleh menyokong mana-mana pihak – sama ada dengan sekutu sedia ada DAP dan Amanah, atau dengan penyokong Anwar, atau kumpulan yang hadir di makan malam itu.
“Insya Allah kita akan teruskan perjuangan melaksanakan agenda reformasi dan membangunkan negara serta memberikan kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia,” kata Azmin kepada pemberita pada malam tadi selepas makan malam dengan pemimpin Umno dan PAS di Sheraton Petaling Jaya.
Tetapi makan malam itu bukan untuk membangunkan negara atau membawa kemakmuran. Ia hanya meneruskan kesan buruk pemilihan PKR yang tidak memihak kepada puaknya.
Dan kini Malaysia dan PH akan menanggung derita. Pelabur akan mengelak negara ini kerana kerajaannya dibeban dengan perseteruan dan akan musnah pada bila-bila masa dan perakuan bersumpah ditandatangani sekumpulan MP pula tiada wibawa selain sebagai ugutan semata-mata.
Malah penganjuran Sidang Kemuncak Apec juga mengulangi peristiwa pada 1998 sewaktu tumpuannya adalah pada demokrasi Malaysia dan bukannya pencapaian ekonomi dan idealisme, jika ada.
Hari ini akan ada lagi mesyuarat kerana semua pemimpin ini mahu bertemu Dr Mahathir atau menghadap Yang di-Pertuan Agong mengenai krisis politik terbaru.
Jika dilihat pada masa ini, Dr Mahathir mahu mengekalkan kerajaan seperti sedia ada. Tapi itupun tidak lagi dapat dipertahan.
Orang yang mahu beliau kekal sehingga akhir penggal sudahpun menjejaskan beliau dan Sidang Kemuncak Apec. Mereka juga merosakkan diri sendiri. Yang lain pula rosak kerana cuba berpegang kepada status quo walau hubungan masing-masing musnah.
Satu-satunya jalan keluar adalah mengadakan pilihan raya mengejut, yang tidak dijangka mana-mana pihak tetapi mungkin memihak kepada Barisan Nasional dan PAS sewaktu parti PH berusaha membentuk pakatan baharu untuk mengelak kekalahan.
Segala-galanya bergantung kepada Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong. Dan paling penting sekali, rakyat Malaysia untuk keluar dari kemelut politik individu yang masih tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri.