ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini di pejabatnya di Putrajaya bagi membincangkan perkembangan isu semasa dalam dan luar negara.
Presiden PKR itu juga mendedahkan isu Majlis Presiden Pakatan Harapan turut dibincangkan walaupun tidak mengulas lanjut.
“Selain itu kami berdua juga berkesempatan membincangkan tentang penganjuran KL Summit 2019 yang baharu berlangsung penghujung tahun lalu,” katanya di

Loading...
Facebook.
Pertemuan itu berlaku selepas wujud desakan pada Tahun Baharu lalu supaya perdana menteri menetapkan tarikh tepat peralihan kuasa yang didakwa akan berlaku pada Mei.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Abdullah berkata tidak ada tarikh akhir bulan Mei yang ditetapkan untuk peralihan kuasa.
“Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju pada 6 Januari, 2018 yang Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8, ia tidak menyatakan sebarang tarikh.
“Maka, isu tentang peralihan kuasa pada Mei 2020 tidak berbangkit,” katanya.
Tambahan pula, Saifuddin berkata Dr Mahathir sudah punya memberi komitmen pada 10 Disember 2019 bahawa beliau akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini.
Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak APEC 2020 di Kuala Lumpur pada November.
Dr Mahathir akan menjadi satu-satunya perdana menteri yang menganjurkan mesyuarat APEC dua kali, selepas kali terakhir di Kuala Lumpur pada 1998.
“Sebarang soalan tentang isu peralihan kuasa patut diberikan kepada Majlis Presiden PH untuk diputuskan,” katanya lagi.