ROSMAH Mansor didengar mendesak suaminya Najib Razak untuk lebih tegas mengendalikan siasatan kes terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau perdana menteri, dalam satu rakaman perbualan pada Julai 2016 yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Rakaman itu dibuat pada 27 Julai 2016, lebih kurang seminggu selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula lebih AS$1 juta wang yang diseleweng dari 1MDB.
“Can I advise you something? (Boleh saya nasihat sesuatu?),” kata Rosmah, memulakan perbualannya dengan Najib.
Rosmah memberitahu Najib beliau tidak sepatutnya “slow down”, seperti yang dinasihatkan oleh pegawai-pegawai di pejabatnya, sebaliknya membuat kenyataan lebih tegas.
Rosmah mengingatkan Najib sikapnya itu menunjukkan kepada umum seolah-olah mereka bersalah, dan ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu Abu Kassim Mohamed seperti hero.
Rosmah menyebut “Abu Kassim buat statement dan ambil gambar dengan Pak Lah”, dan ternampak seperti hero.
Abu Kassim pada malam 26 Julai 2016, dalam majlis penghargaan untuknya yang akan bersara pada 1 Ogos, menegaskan akan tetap menyumbang untuk memerangi rasuah walaupun tidak lagi mengetuai SPRM. Majlis itu disertai bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri.
Dalam

Loading...
reaksinya, Najib berkata beliau sudah menangani isu itu.
“I allow Azwan to make a statement (Saya benarkan Azwan buat kenyataan) dan impaknya dah bagus dah,” kata Najib.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang medianya berkata pihaknya percaya Azwan yang dimaksudkan dalam perbualan itu ialah “Azwanbro”.
“Azwanbro” ialah nama panggilan popular bekas senator Khairul Azwan Harun, ketika itu naib ketua Pemuda Umno.
Azwan pada 26 Julai 2016 membuat laporan polis mendakwa Abu Kassim bersama bekas gabenor Bank Negara, Zeti Aziz dan bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah berkonspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau mendakwa mereka memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk pihak berkuasa Amerika Syarikat. Ketiga-tiga mereka, bersama bekas ketua polis negara pada masa itu Khalid Abu Bakar adalah anggota panel khas penyiasat yang dibentuk oleh pentadbiran Najib menyiasat kes 1MDB.
“I don’t like this. Darling, you are the prime minister, you should take in charge, not anybody else, OK? (“Saya tak suka macam ini. Sayang, awak perdana menteri, awak patut uruskan, bukan orang lain, okay?”)” kata Rosmah.
“Yup, I understand (Ya, saya faham),” balas Najib.
“You’ve got fools around you (Orang dungu di keliling awak),” sambung Rosmah.
Najib sebelum itu memberitahu Rosmah beliau sudah menandatangani surat pelantikan Dzulkifli Ahmad, yang kemudian dilantik menggantikan Abu Kassim mengetuai SPRM.
Rakaman audio itu adalah antara sembilan rakaman yang dimainkan oleh SPRM dalam sidang media khas pagi tadi, yang dirakam antara Januari, Februari dan Julai 2016.
Latheefa berkata semua rakaman itu menunjukkan percubaan untuk campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa terhadap kes 1MDB. Ia juga menunjukkan elemen jenayah salah guna kuasa, membocor rahsia kerajaan, dan memalsukan bukti.
Katanya, rakaman itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.