Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jemputan Masuk Bersatu: Wartawan Yang Keliru

Loading...

Menjadi kelaziman saya untuk mendengar sendiri dari mulut pihak yang berucap untuk menentukan kesahihan sesuatu ucapan yang dilaporkan sebelum memberi sebarang komen kepadanya.

Sehubungan dengan jemputan Tun Dr Mahathir kepada semua parti Melayu untuk menyertai BERSATU, ini tiada dalam ucapan Tun Dr Mahathir pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri BERSATU Johor semalam.

Yang ada dalam ucapan Tun Dr Mahathir hanyalah seruan supaya “bekas-bekas UMNO yang masih lagi berada dalam UMNO ini patut ingat bahawa kita perlu bersatu”.

Yang menariknya, Tun Dr Mahathir juga menyebut dalam ucapan ini “untuk memperkuatkan balik parti UMNO, kita mesti lupakan sahaja perselisihan di antara kita”.

Mungkin sebab inilah wartawan yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri BERSATU Johor ini menjadi keliru sehingga boleh bertanya soalan kelakar begini:

Wartawan: “Jadi Tun pelawa mereka semua masuk BERSATU atau masuk UMNO?”

Tun Dr Mahathir: “Masuk BERSATU-lah, dulu saya suruh masuk UMNO, tapi lani masuk BERSATU-lah”.

Wartawan: “Jadi Tun pelawa mereka semua parti Melayu masuk BERSATU?”

Tun Dr Mahathir: “Masuk BERSATU, kita ramai kita jadi kuat, tapi jangan duk sekat orang lain, nak masuk parti biar dia masuklah”.

Turut ditanya oleh wartawan adalah reaksi parti komponen Pakatan Harapan ke atas jemputan kepada semua parti Melayu untuk menyertai BERSATU ini:

Wartawan: “Tun, macam mana parti komponen yang lain, mungkin ada kekangankah atau bantahankah?”

Tun Dr Mahathir: “Itu dia, masalah dia, kita tak ada kaitan dengan parti-parti lain, walaupun dalam Pakatan Harapan, mereka pun dapat ahli baru jugak.”

PETIKAN UCAPAN TUN DR MAHATHIR PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI BERSATU JOHOR, 5 JULAI 2019

“Kita sekarang ini melihat perkembangan yang tidak begitu menyenangkan di negara kita. Kita dapati bahawa kalau dahulu cuma satu parti sahaja yang dianggap sebagai parti Melayu, semua orang Melayu masuk UMNO, tetapi kerana tamak untuk mendapat tempat maka hari ini orang Melayu berpecah 6, bukan lagi 60% parti Melayu ini, cuma 10% sahaja, dan tak boleh menang di mana-mana sahaja tanpa sokongan daripada pihak yang lain. Saya harap bekas-bekas UMNO yang masih lagi berada dalam UMNO ini patut ingat bahawa kita perlu bersatu kalau kita nak perjuang apa-apa pun. Kalau berasingan kita akan dikalahkan. Dan hari ini kita dapati dengan kerana orang Melayu berpecah maka mereka tidak lagi kuat seperti dahulu. Untuk memperkuatkan balik parti UMNO, kita mesti lupakan sahaja perselisihan di antara kita, jangan kira siapa tetapi kira perjuangan. Bukan kerana kita setia kepada satu-satu orang, tetapi kita setia kepada parti dan perjuangan parti. Dan kita lihat apabila ahli UMNO tidak lagi perjuangkan perjuangan parti, sebaliknya setia kepada pemimpin, hari ini pemimpin sudah tak jadi pemimpin, walaupun dikenali sebagai Bossku, Bossku pun kena pi mahkamah hari-hari, yang itu kita kena ingat.”
FB
Kamarul Yusoff






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top