Loading...
KONTROVERSI membabitkan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin dengan seorang Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi belum reda apabila pensyarah itu memuat naik kenyataan di Facebook beliau semalam.
Abdul Muein sebelum ini menulis mengenai rencana bertajuk: “Eksklusif: 400 hari PH jual lebih RM20 bilion aset negara” dan disiarkan beberapa portal.
Kadir kemudiannya menegur tulisan Abdul Muein kerana didakwa menyebar maklumat palsu, tidak lengkap dan membuat kesimpulan songsang mengenai kerajaan PH.
Berikut ialah kenyataan penuh Abdul Muein:
Susulan ugutan dan fitnah politik tempoh hari, saya sekeluarga amat terhutang budi kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan kami. Begitu ramai para ulama, profesor, ahli keluarga, dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami.
Namun begitu saya secara rasminya telah diarahkan untuk tidak lagi menulis tentang sebarang isu politik yang sensitif. Saya akur sepenuhnya dengan arahan ini, meski pun sedih dan terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk menyumbang sudut pandangan kritis kepada pentadbiran negara selepas 10 tahun berkhidmat dengan UKM. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini telah memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah – sebelum adanya campur tangan seorang Penasihat Perdana Menteri tempoh hari.
Wajib juga bagi saya mengambil kesempatan ini untuk membersihkan nama beberapa individu yang telah dilempar tuduhan yang tidak sepatutnya oleh Penasihat Perdana Menteri ini. Sungguh tidak disangka sama sekali Penasihat Perdana Menteri yang gagal menjawab kesemua fakta yang saya hujahkan tempoh hari telah bertindak menuduh pihak-pihak yang tidak berkaitan sama sekali. Dalam tuduhan di bawah, nama Naib Canselor UKM, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dituduh sebagai “duri dalam daging” kerajaan iaitu “the deep state”.
Saya ingin membersihkan nama baik Naib Canselor UKM dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM daripada tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. Demi ALLAH, kami tidak pernah bertemu, bermesyuarat, apatah lagi terlibat dengan sebarang konspirasi seperti mana tuduhan liar Penasihat Perdana Menteri ini.
Saya telah berkhidmat dengan UKM lebih 10 tahun, sejak zaman pembantu penyelidik, Tutor, hinggalah kini menjadi Pensyarah. Tidak pernah ada pihak yang kalah berhujah fakta dengan saya bertindak menuduh yang bukan-bukan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM sebegini rupa. Untuk ini, saya mohon sepenuh kemaafan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM kerana telah dilibatkan dalam hal ini.
Berkenaan penulisan saya tempoh hari pula, saya menulis sepenuhnya berdasarkan laporan rasmi dan berkredibiliti, yang telah pun saya buktikan satu-persatu, bukannya dari sumber fitnah atau pun rekaan seperti tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. Tiada konspirasi ‘deep state’ sama sekali.
Ketahuilah bahawa tugas Pensyarah Sains Politik adalah sama dengan tugas doktor kesihatan: keutamaan tugas doktor bukan untuk maklumkan mana anggota tubuh pesakit yang sihat dan normal, sebaliknya untuk memberi amaran apakah penyakit dan masalah yang dihadapi seseorang pesakit.
Begitulah keutamaan tugas Pensyarah Sains Politik: untuk maklumkan apa risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan – contohnya perangkap geopolitik jika bertindak menjual aset negara dengan terlalu banyak dalam masa yang terlalu cepat, perangkap kuasa lunak (soft power) dan kuasa penembusan asing (sharp power), hutang yang melambung dari RM686 bilion kepada RM800.8 bilion dalam masa lebih 400 hari sahaja, pemberi posisi strategik kepada warga asing dari kuasa besar, dan sebagainya.
Seperti mana bukan tugas doktor untuk memberi ‘gula-gula’ kepada pesakit, bukan tugas Pensyarah Sains Politik untuk mengampu kerajaan. Bukan salah Pensyarah Sains Politik jika kami memberi ‘ubat’ (nasihat) yang ‘pahit’ kepada kerajaan. Segalanya saya lakukan demi melihat negara kita menjadi negara yang kuat dan bermaruah.
Saya berdoa semoga satu hari nanti ALLAH izinkan saya untuk kembali menyumbang secara kritis kepada pentadbiran negara. Buat waktu ini, Mohon doakan semoga pengajian PhD saya di Leiden University, Belanda ini dipermudahkan – tanpa mana-mana ugutan dan campur tangan politik lagi. Sekali lagi, hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas jasa anda semua mendoakan kami sekeluarga.
Ya ALLAH, peliharalah UKM, lindungilah aku sekeluarga. Hamba-Mu, Abdul Muein Abadi 8 Julai 2019.
MR : Kerajaan PH kaki kencing
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt