Loading...
Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana gabungan itu dapat melaksanakan janji yang dibuat di dalam manifesto pilihan rayanya, maklum Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Tapi sudah sampai masa untuk mengkaji bagaimana melaksanakan semua janji-janji itu.
"Untuk itu sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan supaya menetapkan bidang tugas mengenai bagaimana melaksanakan janji-janji manifesto Pakatan Harapan," katanya pada sidang akhbat selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
"Setiap Rabu, saya akan hadir di parlimen untuk menjawab soalan-soalan.
"Bukan salah saya jika saya tidak ke parlimen kerana tiada soalan untuk saya.
"Sekarang, walaupun tiada soalan untuk saya, namun saya masih kena pergi (sidang)," katanya lagi.
Pada 4 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata sesi khas PMQ akan mula dilaksanakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang yang bermula Oktober depan.
“PMQ, sememangnya PM (Dr Mahathir Mohamad) telah pun mengeluarkan dia punya hasrat bahawa dia memang minat untuk jawab soalan.
“Dan pada rekod kita tahun lalu, dia kerap datang Dewan untuk jawab soalan. Jadi langkah untuk mengadakan proses PMQ juga dalam proses.
“Kita harap kita akan dapat mengadakan PMQ ini pada sesi yang akan datang,” katanya.
Loading...