Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hina Sultan Selangor: Wan Ji ke penjara Artikel

Loading...

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Malahan, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

"Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman sembilan bulan yang dijatuhi oleh hakim mahkamah sesyen kepada penjara bagi tempoh satu tahun dan hukuman itu berkuatkuasa hari ini," katanya.

Dalam ringkasan penghakimannya, Abdul Halim berkata, penerbitan kata-kata itu (kata-kata menghasut) adalah satu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.



"Terhadap apa yang dinyatakan tertuduh (Wan Ji) ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya adalah sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh," katanya.

Menurutnya, apa yang diterbitkan daripada penerbitan itu bukan sahaja sesuatu yang menghasut malah ia cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja- Raja.

"Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja.

"Walaupun sebagai warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa satu lagi prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

"Kehidupan kita dirangkumi adab dan tatasusila yang sering amalkan apatah lagi dalam situasi DYMM Sultan adalah Ketua agama Islam.

Bukan sahaja penghormatan wajar diberikan, malahan wajar diutamakan.

Sultan adalah payung negeri, tempat rakyat bernaung di bawahnya," katanya.

Sementara itu, Wan Ji,37, menerusi peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun Hakim memerintah peguam memfailkan permohonan penangguhan tersebut secara rasmi.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.


MR :  Akibat kebiadapan percakapan... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top