Loading...
KOTA BHARU: Langkah kerajaan Kelantan menarik balik tuntutan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS berhubung isu royalti diyakini dapat membuka ruang dan memperkukuhkan semangat federalisme.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada Kelantan kerana mengambil inisiatif berkenaan.
Beliau berkata, proses penarikan tuntutan saman berkenaan selesai sepenuhnya pada 27 Jun lalu.
“Inilah hasrat yang ingin dilihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya suasana lebih kondusif diwujudkan.
“Pembayaran royalti itu akan dilaksanakan segera selepas proses selesai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Sementara itu, Ahmad berkata, dalam kes tuntutan royalti, kerajaan negeri sudah memenuhi syarat dengan penarikan balik saman sebagaimana dikehendaki.
Katanya, segala proses sudah selesai dan terserah kepada Kerajaan Pusat.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...