Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Perbicaraan Kes SRC Semakin Mendedahkan Kebenaran

Loading...
Integriti Pendakwaraya, Imej Kehakiman Negara Semakin Kotor 


Dari Saksi Pendakwaraya, Keterangan Datuk Suboh
Telah Membantu Peguambela

Keterangan saksi iaitu Dato Suboh Md Yasin dalam mahkamah telah menimbulkan tandatanya apakah terdapat PEMALSUAN DOKUMEN siasatan di dalam kes ini...

Sekiranya ada campurtangan pihak tertentu maka ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermaruah  dan integriti pihak Pendakwa Raya dan SPRM akan di tertawakan oleh dunia!!!

Berita panas ini kebetulan langsung TIDAK di siar media pro-kerajaan Pakatan atau di tularkan oleh pemain media sosial blok politik rejim diktator itu di alam maya kerana ia jelas akan membuka aib pihak kerajaan yang kononnya berpegang teguh pada prinsip Kedaulatan Undang-Undang...

Semua maklum bahawa kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi serta mendapat perhatianbdunia dan di katakan melalui prosuder yang serius sebelum di bawa ke mahkamah untuk di bicarakan...

Bila mana terdapat PEMALSUAN seperti ini, jelas menunjukkan ada keraguan di dalam siasatan dan juga pihak pendakwaan...

Namun dengan izin Allah SWT, kisah peguambela DS Najib, Tan Sri Shafee Abdullah kesal kerana lebih sedozen tandatangan palsu di kesan dalam semakan, telah membongkar satu konspirasi di peringkat tertinggi negara yang menjijikkan yang di percayai di dalangi oleh pihak tertentu...

Menjadi Persoalan Adakah Kes Ini Sengaja Di Wujudkan Untuk Memerangkap Seseorang Yang Di Tuduh?



Plot cerita mudah di baca iaitu untuk aniaya 41 penerima kononnya telah mendapat dana sumber haram bagi cipta persepsi jahat dakyah minda rakyat konon DS Najib adalah pemimpin yang korup dan jahat hingga sanggup merompak duit 1MDB...

Admin sertakan transkrip sesi soal jawab barisan peguam terhadap Dato' Suboh Md. Yassin :

Semasa perbicaraan hari ini, peguambela Harvinderjit memberitahu mahkamah bahawa akaun rahsia itu di buka oleh ketua eksekutif syarikat SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, yang mendaftarkan penandatangan selain daripada dirinya yang bukan ahli lembaga pengarah syarikat...

Suboh juga bersetuju dengan peguambela Harvinderjit bahawa dokumen akaun berakhir '736' tidak pernah di tunjukkan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila pegawainya mencatatkan kenyataannya semasa siasatan...

Beliau juga bersetuju apabila di tanya oleh peguam bela jika akaun bank terbuka secara rahsia dengan menggunakan nama SRC International, di lakukan tanpa pengetahuan pengarah, maka telah berlaku beberapa siri penipuan demi penipuan terhadap lembaga pengarah...

"Ya"... 

"Apa yang memberi motivasi kepadanya, saya tidak tahu," kata Suboh sebagai jawapan...


Peguambela Harvinderjit kemudian meminta Suboh jika ada apa-apa cara tandatangannya boleh muncul dalam bentuk yang di kenali sebagai RENTAS (Pemindahan Dana dan Sekuriti Elektronik Masa Segera) bertarikh 15 Disember 2014 untuk memindahkan RM20 juta dari akaun SRC International yang berakhir 650 kepada 'akaun rahsia 736'...

"Jika mereka boleh mendapatkan tandatangan saya," jawabnya...

Harvnderjit : 

"Maksud anda seperti yang di imbas?" 


"SPRM tidak pernah menunjukkan ini kepada anda?"


Suboh : 

"Tidak"...


Harvinderjit : 

"SPRM tidak pernah memberitahu anda mengenai akaun yang berakhir '736'?"


Suboh : 

"Tidak"...


Suboh juga memberi keterangan bahawa dia tidak menyedari dana RM2 bilion daripada KWAP memasuki akaun yang berakhir '736' atau di mana wang itu berakhir...

Harvinderjit : 

"Anda dapat melihat dari kenyataan ini bahawa pada 29 Ogos 2011, hanya enam hari selepas mesyuarat lembaga pertama anda, RM2 bilion masuk ke dalam akaun ini dalam empat tranche RM500 juta setiap satu?"


Suboh : 

"Ya"...


Harvinderjit : 

"Kepentingan ini adalah, pinjaman KWAP pertama masuk ke akaun dan lembaga pengarah tidak mengetahui, anda setuju?"...


Suboh : 

"Ya"...


Harvinderjit : 

"Dan anda dapat melihat dari dokumen-dokumen, keseluruhan RM2 bilion masuk dan kemudian keluar dari akaun pada hari yang sama"...


Suboh : 

"Ya"...


Harvinderjit : 

"Anda tidak tahu di mana ia pergi, anda setuju?"...


Suboh : 

"Ya"...


Harvinderjit : 

"Oleh kerana anda tidak menyedari akaun itu, anda tidak boleh mengetahui di mana RM2 bilion itu pergi, anda bersetuju?"...


Suboh : 

"Saya tidak pasti di mana wang itu pergi"...


Semasa proses percubaan, saksi-saksi telah memberi keterangan bahawa Dana Persaraan (Diperbadankan) telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM4 bilion pada tahun 2011 dan 2012 kepada SRC International, dengan wang yang di dakwa mengalir melalui syarikat lain sebelum di pindahkan ke akaun DS Najib...

Pada masa permohonan pinjaman pertama, SRC International adalah anak syarikat milik penuh 1MDB yang di miliki oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Di Perbadankan (MoF Inc) manakala SRC International di letakkan terus di bawah MoF Inc pada masa permohonan pinjaman kedua...

Ketua Barisan Peguambela, Tan Sri Shafiee Abdullah, Dedahkan Mengenai Tandatangan Palsu



Pihak pembelaan, Tan Sri Shaffee berjaya mendedahkan kenyataan Datuk Suboh bercanggah dengan keterangannya sendiri sebelum ini kpd SPRM... 

Ini merupakan 'checkmate' sebab kenyataan yang bercanggah beberapa kali di depan hakim menbawa implikasi besar beliau adalah saksi yang TIDAK BOLEH DI PERCAYAI!!!


Sebelum ni, Suboh mengaku bahawa semua tandatangan di 17 dokumen transaksi bank adalah kepunyaannya...

Tapi selepas di tunjukkan bukti perbezaan tandatangan dokumen 'scanned copies dan hard copies', dia mengakui dia tak menandatangani 17 dokumen transaksi bank... 

Semua tandatangan di buktikan seperti di imbas, 'cut and paste', dan di tampal pada dokumen dan hantar ke ban sebanyak 17 kali...



Komen Ketua Barisan Peguambels, Shafee Abdullah, Tentang Saksi pendakwaan Ke 42 Kes SRC, Datuk Suboh Yassin

Tandatangan 'Cut And Paste' Datuk Suboh


Sebenarnya, tandatangan Datuk Suboh di dalam 17 transaksi adalah sebenarnya daripada 1 tandatangan, yang di 'cut and paste', di tampal pada dokumen dan di hantar kepada bank, 'use and reuse' sebanyak 17 kali...

SPRM hanya bertanyakan kepada Datuk Suboh 'adakah ini tandatangan kamu', dan sudah mestilah ianya adalah kepunyaanya... 

Tapi dia bukanlah orangnya yang menandatangan setiap 17 tandatangan tersebut...

Dokumen 'Scanned Copy' Bukan 'Mirror Image' Kepada Dokumen 'Hard Copy'


Setiap dokumen 'scanned copy' sepatutnya adalah sama, 'identical', 'mirror image' kepada 'hard copy' yang akan di submit selepas itu kepada bank...

Tapi 'suprisingly, its not mirror image'!!!

Tandatangan pada dokumen 'scanned copies' tak sama dengan 'hard copy'...

Nik Faisal Arif Wujudkan Akaun Rahsia '736' Di Luar Pengetahuan Lembaga Pengarah 


RM2 bilion masuk dan RM2 billion keluar pada masa yg sama di akaun '736', dan bukan akaun rasmi...

Nik Arif berkali-kali menipu dan memesongkan Lembaga Pengarah dan kerap menjual nama orang atasan...

Shafee tidak menolak kemungkinan Nik Faisal membuat perkara yang sama kepada Dato' Seri Najib Razak dengan menjual nama Lembaga Pengarah dengan mengatakan semua transaksi mendapat kelulusan Lembaga Pengarah...

Adalah sangat pelik, SPRM gagal untuk kenal pasti tandatangan 'cut and paste' dan dokumen palsu tetapi cuba untuk kaitkan ianya dengan Dato' Seri  Najib dan seolah mengelak dari meletakkan kesalahan terhadap Nik Faisal Arif...

Suboh kantoi cakap tak betul, bank kantoi tak cek betul2, SPRM kantoi bagi skrip untuk Suboh, SPRM kantoi tipu suboh tak tunjuk dokumen original (kalau SPRM ada original dokumen/hard copy), SPRM kantoi tak siasat betul2 (kalau tak ada original dokumen/ hard copy...


Caca marba punya kes...


Berdasarkan fakta kes yang di huraikan dan kenyataan Dato' Suboh, rasanya rakyat Malaysia yang cerdik akan menyimpulkan samada :

》Jabatan Peguam Negara dan pegawai penyiasat SPRM tidak cerdik, tidak teliti dan tidak kompeten atau

》Jabatan Peguam Negara dan pegawai penyiasat sememangnya zalim dan menjadi alat kepada pemerintah...



Yang nyata dan yang jahat ialah Nik Faisal atau pihak yang tandatangan dokumen2 ini (pastinya bukan DS Najib) dan peliknya sampai sekarang pihak polis gagal menangkap Nik Faisal dan pihak penyiasat gagal menyiasat saksi paling penting kes ini iaitu Nik Faisal...

Tapi Nik Faisal seolah2 di sembunyikan...

Kerajaan Pakatan seolah2l-olah tak mahu orang bercerita tentang Nik Faisal...

Takutkan apa sebenarnya?

Adakah Peguam Negara begitu tak cerdik untuk membawa kes yg tak masak dan tak kukuh ni ke mahkamah atau terpaksa juga di bawa ke mahkamah atas arahan pihak tertentu?

Patut lah beriya2 halang peguam DS Najib daripada dapat dokumen2 daripada AmBank...

Inikah sebabnya?

Sesiapa yang menghukum dan menuduh DS Najib mencuri, memfitnah DS Najib dan menyebarkan fitnah mengenai kes nir, eloklah segera bertaubat dan minta maaf kepada DS Najib sebelum anda meninggal dunia...

Ingatkan movie Aliff Syukri jadi Badang jer yang mengarut!!!
Loading...
Back To Top