KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baru dipilih, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah hari ini di Dewan Rakyat, menjadikannya Orang Asli pertama bergelar ahli Parlimen di negara ini.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof sejurus persidangan bermula.
Ramli yang juga calon Barisan nasional menang

Loading...
pada pilihan raya kecil Cameron Highlands, yang berlangsung pada 27 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands kosong selepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur mendapati terdapat amalan rasuah menyebabkan kemenangan calon BN, C Sivarraajh pada PRU14.