1. Pada 19 April 2019 yang lalu, satu program Meet Anwar @USIM telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat USIM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak PKPIM di atas anjuran program yang bersifat ‘intellectual discourse’ ini bagi menyuburkan lagi budaya politik intelektual di kampus barakah. Terima kasih juga diucapkan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia di atas komitmen ke arah keterbukaan politik di kampus.
2. Namun, pihak Sinergi Mahasiswa Islam berasa kesal di atas sebahagian ucapan yang dilontarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam program tersebut yang disifatkan sebagai satu bentuk fitnah ke atas Parti Islam Se-Malaysia iaitu mengenai isu 90 juta dan cubaan untuk meracuni pemikiran mahasiswa dengan politik kotor yang dimainkan.
3. Masalah ini bermula ketika sesi soal jawab iaitu seorang mahasiswa bertanyakan mengenai corak pilihan raya yang dimainkan oleh parti politik tertentu dimana hampirnya dengan waktu pilihan raya umum mahupun kecil, pasti ada isu yang dibangkitkan namun setelah berakhirnya pilihan raya ini maka tiada lagi suara-suara sumbang yang mengangkat isu tersebut dan mahasiswa tersebut memberikan contoh isu 90 juta. Sangat mengejutkan kami apabila beliau tidak menjawab persoalan berkaitan corak pilihan raya seperti yang ditanyakan namun memilih untuk menyentuh isu 90 juta!
4. Beliau mengatakan bahawa PAS membayar wang sebanyak 260 ribu pound sterling bersamaan 1.4 juta ringgit Malaysia kepada Clare Rewcastle Brown untuk ditarik balik kes tersebut dan ada dinyatakan di dalam dokumen penghakiman yang bertarikh 1 Februari 2019. Beliau juga menyatakan bahawa dokumen berkenaan kes ini boleh diakses umum dan meminta mahasiswa membaca dokumen tersebut. Namun, setelah penelitian dibuat terhadap dokumen mahkamah tersebut, kami tidak menjumpai “PAS membayar 260 ribu pound sterling kepada Clare Rewcastle Brown” tetapi kami hanya mendapati perkara tersebut :
i) Penuntut (Abdul Hadi Awang) menghentikan tuntutan
ii) Defendan (Clare Rewcastle Brown) menghentikan tuntutan balas
iii) Tiada sebarang perintah kos
5. Beliau menyatakan bahawa mempunyai maklumat khusus mengenai wang 90 juta tersebut dan mempunyai senarai nama pemilik akaun yang menerima wang tersebut dan mendakwa
Loading...
menyaksikan cek berjumlah 1.4 juta ringgit Malaysia untuk dibayar kepada Clare Rewcastle Brown yang ditandatangani oleh Datuk Rameli Musa, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas arahan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia. Beliau meminta diberikan sedikit masa untuk membuktikan hal tersebut dan pada hari ini, Presiden PAS sendiri mencabar beliau untuk membuktikan hal tersebut di khalayak ramai.
6. Di sini kami memberikan sedikit ringkasan penjelasan berhubung isu 90 juta ini dalam sesi penghakiman bertarikh 30 April 2018 di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London yang melibatkan Abdul Hadi Awang dan Sarawak Report melalui pemiliknya, Clare Rewcastle Brown :
i) Mahkamah memerintahkan Clare Rewcastle Brown untuk membayar kos guaman sebanyak £41, 400 (RM 227, 700.00) kepada Abdul Hadi Awang dalam tempoh 14 hari.
ii) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare Rewcastle Brown
iii) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan “truth defence” Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Daripada 55 jumlah muka surat hujah pembelaan yang diberikan, 50 muka surat daripadanya telah ditolak mentah-mentah. Ini membuktikan hampir keseluruhan hujah pembelaan yang dinyatakan oleh Sarawak Report itu hanyalah fitnah semata mata.
7. Kami ingin mengingatkan kepada seluruh mahasiswa supaya meneliti kembali setiap bait-bait perkataan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak khususnya apa yang dilontarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu ini. Buatlah kajian kembali berkenaan kesahihan setiap ucapan yang diberikan. Banyakkan pembacaan supaya mahasiswa tidak mudah ditipu dengan mudah oleh mana-mana pihak atau diracuni pemikiran demi kepentingan pihak tertentu. Jadilah mahasiswa yang bijak dalam menilai sesuatu kebenaran ataupun kebatilan.
8. Kami juga ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perbincangan politik supaya perbincangan tersebut dilakukan secara ilmiah dan berfakta bukannya seperti program Meet Anwar @USIM ini supaya ianya sesuai dengan suasana akademik itu sendiri. Sangat mengecewakan apabila pentas akademik yang sepatutnya menjadi pentas perbincangan secara ilmiah telah dicemarkan dengan ucapan yang berbaur fitnah yang tidak ada asas dan fakta.
9. Buatlah perbandingan dengan bijak antara tokoh politik yang ada dan nilai lah setiap ucapan yang diberikan serta tindak tanduknya dalam seharian. Jika diimbas saat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa dan juga Univeriti Kebangsaan Malaysia (Bangi Convention Center), tidak ada satu pun ucapan yang diucapkan oleh beliau memfitnah mana-mana pihak atau tidak pasti akan kesahihan sesuatu perkara. Beliau hanya membicarakan perkara yang memberi manfaat seperti masalah ummat dan peranan masyarakat khususnya mahasiswa dalam memperjuangkan agama Islam.
“LIQAUMIN YATAFAKKARUN”
JABATAN POLITIK DAN LAPANGAN,
SINERGI MAHASISWA ISLAM,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA,
23 APRIL 2019 | 17 SYAABAN 1440H