Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mentaliti Melayu PAS Dan Islam UMNO


PRK Semenyih bagi saya tak kesah lah pun PH kalah TAPI kalau ya pun nak protes kerana marah kepada PH, kenapa pengundi-pengundi Melayu di Semenyih tetap pilih calun dari parti yang kuat makan rasuah, penipu, perompak, penyamun, dan pencuri yang telah menjahanamkan masa depan negara dan merosakkan akal bangsa kita untuk diberi kemenangan? 

Cubalah buka mata besar-besar sikit, dalam tempoh 9 tahun Najib memerintah Malaysia, kita sudah memenangi anugerah negara paling terok sekali dalam dunia. Lingkup dan habis ranap imej kita di mata dunia.

Bukan saja imej menjadi ranap, hutang pun menimbun selepas Najib, bini dia dan hantu-hantu belaan dia yang lain semuanya merogol khazanah negara hingga sengsara hidup rakyat hari ini. Tapi Melayu yang otak longkang mana nampak ini semua. Masih hendak memberi kemenangan lagi kepada parti puaka ini.

Bukankan ada lagi dua alternatif calun untuk dipilih, iaitu Kuan Chee Heng @ “Uncle Kentang” yang bertanding sebagai calun Bebas dan Nik Aziz Afiq dari parti PSM? Kenapa tidak pilih salah satu dari mereka?

Takkan pengundi-pengundi Semenyih tak kenal siapa Uncle Kentang? Inilah dia seorang manusia non-Muslim berbangsa Cina yang lebih mulia dan baik hati dari beribu-ribu orang Melayu Islam lain.
Sifat ihsan dia menolong orang susah, lebih-lebih lagi dari kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam, amat sukar ditandingi. Semoga Allah membuka hatinya untuk mengucap syahadah pada suatu hari nanti supaya dia akan sempat kembali kepada Allah sebagai seorang muslim yang berat timbangan amalannya.

Uncle Kentang sikit pun tidak meminta balasan sesiapa dalam usaha dia menabur khidmat dan jasa kepada masyarakat. Dalam otak dia asyik berfikir apa lagi yang dia boleh buat untuk bantu orang susah. Yang dia hanya minta ialah supaya diberi ruang dan peluang lebih besar untuk berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan kepada masyarakat. Dan disebabkan inilah dia menwarkan dirinya sebagai calun DUN Semenyih. Itu pun pengundi-pengundi di Semenyih tak nampak juga.

Kenapa tak
Loading...
nampak? Kerana Melayu sudah jadi semakin layu dan lalok akibat overdose hisap candu Umno dan PAS. Yang dia nampak hanyalah Melayu mesti jadi tuan dan boss walaupun bodoh tiada pelajaran dan ilmu untuk bersaing dengan orang bangsa asing baik di peringkat tempatan mahupun di arena global yang lebih mencabar.

Bahkan kadang-kadang lebih teruk lagi sifat perkauman/rasis dan asabiyyah nya hingga mengalahkan Yahudi yang Allah laknat di dunia dan di akhirat atas sikap rasis mereka yang sangat tebal. Bukankah mereka percaya bahawa merekalah satu-satunya bangsa paling mulia di atas mukabumi ini mengatasi semua bangsa dan kaum lain?

Beginilah perangai Melayu yang sedang dicandukan oleh Umno dan PAS sekarang. Walaupun ini sudah lama berlaku, tetapi sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin meruncing dan serius. Keadilan dan kebenaran yang diterima hanya mengikut tafsiran sempit mereka, bukan lagi mengikut tafsiran Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah yang bersifat rahmat bagi seluruh alam.

Sebaliknya, keadilan dan kebenaran mengikut tafsiran Umno dan PAS mesti bermula dan berakhir dengan Ketuanan Melayu. Seolah-olah Melayu adalah Islam, padahal yang menjahanamkan negara kita selama ini tidak lain dan tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin Melayu sendiri.

Inilah bid’ah yang mereka cipta untuk agama Islam dengan zikir harian yang berbunyi : Lebih baik pilih pemimpin Islam yang zalim dan korup dari pilih pemimpin bukan Islam yang adil dan ihsan
Dan yang paling memalukan sekali ialah ahli- PAS yang kononnya hidup mati mereka berpaksikan kepada perjuangan untuk memertabatkan Islam pun sedang sama-sama bersekongkol dengan kebatilan dan kemungkaran yang dipelopori oleh Najib dan Umno. Ketaksuban kepada Hadi Awang dan rakan-rakannya telah meletakkan mereka sebaris dengan perangai Yahudi yang memuja rahib-rahib mereka yang korup seperti di zaman para anbiya' dahulu.

Walaupun segala bukti mengenai pembohongan dan penipuan Hadi Awang dan rakan-rakannya telah terdedah untuk tontonan kita semua supaya dijadikan iktibar dan pengajaran, namun mereka masih tetap menyanjung Hadi seolah-olah Hadi sudah jadi satu manusia yang maksum. Bahkan status maksum Hadi sudah sama dengan status Najib di kalangan pengikut-pengiku fanatik mereka. Kedua-duanya sudah jadi Taghut yang menyesatkan.

Dan apabila Taghut ini memerintah penyokong-penyokong taksubnya di Semenyih supaya undi calun parti Umno, mereka melaksanakan perintah ini macam robot yang tiada akal.

Jika bilangan orang Melayu yang bermentaliti longkang seperti ini ramai, adakah logik hendak kita harapkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang pada satu hari nanti?

Bagaimana mungkin negara kita akan makmur, maju dan cemerlang hingga ia boleh kita jadikan ladang subur untuk menyemai amalan baik bagi meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.-

FB Mahmud Zaim Musa
Loading...
Back To Top