Satu unit khas yang diselia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diwujudkan bagi memantau isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, beliau telah meminta unit pemantau ini untuk menerima sebarang aduan berkaitan salah laku itu, seterusnya segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Loading...
both; text-align: center;">
Mujahid menegaskan, inisiatif menubuhkan unit itu bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.
“Di pihak saya, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan salah berkenaan.
“Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010 -300 52 60 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.