Agak lama saya ingin menulis mengenai redha dan syukur. Dua istilah ini telah lama agak 'membinggungkan' saya, lantaran saya melihat cara masyarakat Melayu memperlakukan akan prihal keduanya. Dalam budaya biasa masyarakat Melayu, redha dan syukur boleh saja membawa tingkah positif dan atau negatif. Dua pribahasa Melayu, ulat dalam batupun boleh hidup adalah gambaran sikap positif Melayu tentang redha dan syukur. Namun pribahasa padi secupak tidak akan jadi segantang adalah sikap negatif Melayu ke atas konsep redha dan syukur. Secara bahasa, redha dan syukur seperti tiada beda. Kedua-duanya seolah-olah bermaksud sama saja. Dalam Inggeris, keduanya seperti interchangeable. Samalah bagi istilah kurang lebih dan lebih kurang.
(2) Redha dan syukur adalah sifat-sifat anjuran Islam (perhatikan, saya melihat redha dan syukur sebagai sifat-sifat (plural) iaitu bukan sekadar sifat (singular)). Lantaran ianya sifat-sifat anjuran Islam, maka pastinya ianya ada nilai rohaniah yang sangat luas dan mendalam. Kita lupakan dulu konsep Islami redha dan syukur. Mari kita sorot konsep redha dan syukur dari sudut bahasa dan budaya Melayu dulu. Azalinya, istilah redha, tidak wujud dalam bahasa Melayu. Redha adalah istilah Arab. Walau bagaimanapun, biar istilah redha tidak wujud dalam bahasa asal Melayu, itu tidak membawa maksud sikap redha tidak wujud dalam budaya Melayu. Dulu-dulu, saya mengira istilah terima adalah istilah bagi bermaksud redha dalam bahasa Melayu. Akibat pengaruh agama iaitu Budhha dan Hindu, konsep terima berubah menjadi terima dengan ikhlas atau ikhlas menerima. Lewat waktu, dengan penyerapan dan perkembangan keIslaman Melayu, maka menerima dengan ikhlas atau ikhlas menerima telah diganti dengan istilah redha. Inya menjadi lebih pendek dan mudah disebut. Saya mengira, kerana Melayu suka meringkaskan apa juga maka akhirnya redha disadur menjadi istilah Melayu kini. Cuma lantaran redha bukan asli istilah dan konsep dalam budaya Melayu, maka cara penggunaan istilah atau konsep tersebut agak sedikit mengerlirukan. Dalam bahasa Indonesia redha boleh membawa kepada pasrah atau menyerah. Lantaran wujud istilah pasrah atau menyerah yang membauri redha, maka di situlah kelirunya Melayu tentang kepenggunaan istilah dan konsep tersebut dalam bahasa dan budaya mereka.
(3) Sesungguhnya, pasrah tidak membawa maksud redha secara hakiki. Pasrah adalah menerima dengan mengaku kalah. Mengaku kalah tidak semestinya didorong oleh rasa ikhlas. Mengaku kalah kebiasaannya adalah kerana keterpaksaan. Maka pasrah atau menyerah, tidak tepat dimaksudkan sebagai redha. Bagi saya, wajar bagi Melayu membataskan pasrah sebagai pasrah dan redha sebagai redha. Kedua-duanya jangan dibauri. Redha memberikan kesan

Loading...
positif, sedang pasrah berbaur positif dan negtif. Pasrah membawa was-was sedang redha kita menerima dengan fikiran dan hati terbuka.
(4) Syukur pula dalam bahasa dan budaya biasa Melayu seakan sama saja maksud dan cara penggunaannya dengan redha. Bagi orang Melayu, bila redha, maka dia telah atau sedang bersyukur. Istilah syukur, azalinya juga bukanlah istilah asli Melayu. Saya menduga, istilah berteima kasih adalah istilah atau maksud asal syukur. Sikap berterima kasih Melayu sangat tinggi nilainya di sisi budaya. Itu saya tanggapi dengan melihat kepada maksud mendalam akan pribahasa Melayu yang berbunyi kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Bila Melayu berterima kasih, ianya sering diiringi dengan tanda atau rasa penghargaan dan atau dihargai atau dalam Inggerisnya membawa pengertian appreciated atau being appreciated. Maksudnya, Melayu yang berteima kasih akan sangat menghargai apa yang dia terima dan atau perolehi. Pada kebiasaannya dalam budaya Melayu rasa terima kasih mereka sering dihargai dengan membalas. Balasan itu boleh berupa kebendaan dan atau perbuatan. Dan ini termetarai dalam konsep orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Maka jika Melayu berterima kasih paling kecil sekalipun tindkbalasnya adalah mengenang budi. Maka syukur dalam istilah asal Melayu adalah berterima kasih yang akan ditindakbalas dengan mengenag budi.
(5) Di dalam Islam, redha adalah membawa maksud menerima apa saja takdir atau ketentuan Allah dengan fikiran dan hati penuh terbuka. Biar takdir itu sangat bertentangan dengan kehendak kita, kita tidak boleh berkeloh kesah apa lagi berputus asa atau bahkan riak. Kita mesti menerima takdir Allah dengan penuh keikhlasan. Islam menuntut kita sebegitu lantaran Islam menegaskan bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Saya pernah menulis Syukur Saya Miskin. Bagi sebilangan orang ini pasti suatu pandangan bodoh dan gila. Gila mungkin, namun bodoh belum tentu. Jika sesorang miskin dan dia menerima kemiskinannya dengan penuh redha iaitu ikhlas dan dengan fikiran dan hati terbuka, pasti sikapnya lain. Seorang yang miskin bila menerima hakikat bahawa dia miskin, jika dia berjiwa besar, pasti dia tahu bahawa tiada siapa akan membantunya untuk keluar dari kemiskinan melainkan dirinya. Dia juga pasti tahu, jika dia gigih, bijak dan jujur berusaha, maka Allah akan selalu ada bersamanya. Sesungguhnya, redha atau menerima dengan penuh ikhlas dan keinsafan, dalam apa keadaanpun, In Shaa Allah akan ada jalan keluarnya. Maka redha dalam Islam sangat membawa kita ke jalan positif. Redha tidak menimbukan apa-apa unsur negatif.
(6) Kekeliruan Melayu dalam mereka menerima redha, mereka sering kelirukan dengan pasrah. dan Bersambung. In Shaa Allah