Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

3/2/20 RANJAU DI DEPAN MAHATHIR ..... mampukah beliau?

Loading...

Dengan kuasa DYMM YDPA, Mahathir kini (24 Feb., 2020) adalah PM Sementara. Juga dengan kuasa DYMM YDPA, Mahathir boleh kekal PM Sementara sehingga habis penggal Parlimen kini iaitu pada 9 Mei, 2023. Pada masa ini, sokongan terhadap Mahathir untuk kekal sebagai PM sehingga habis penggal adalah sukar. Ahli-ahli dan parti-parti politik kini sudah tidak pedulikan nasib Negara. Mereka lebih pentingkan kerakusan sendiri. Cadangan Mahathir untuk membentuk Kerajaan bebas yang Mahathir, sudah mulai ditentang oleh kedua-dua kelompok DAP-PKR-Amanah (selepas ini saya sebutkan sebagai Kelompok Anwar) dan UMNO-PAS (selepas ini saya sebutkan sebagai kelompok Zahid). Lim Kit Siang paling cepat menyatakan sebegitu dengan andaian "Mana boleh Mahatir buat, Mahathir lapur kepada dirinya, dan Mahathir membuat keputusan". Pendirian Kit Siang itu saya yakin atas pertimbangan bahawa Kelompok Anwar telah menamakan Anwar sebagai PM ke 8. LKS seperti terlupa, kuasa yang diberikan kepada Mahathir adalah tertalkuk kepada perkenan DYMM DYPA. LKS seperti mulai sangsi akan kekuasaan DYMM DYPA.

(2) Tidak lama lagi, slogan Mat Sabu dalam kempen PRN14 akan bertukar menjadi "Mahahtir usulkan, Mahathir bincangkan, Mahathir putuskan, From Mahathir, To Mahathir, By Mahathir". Ini mengambarkan seolah-olah Mahathir berkuasa mutlak. Saya yakin akhirnya nada-nada Mahathir = Mahadiktator akan berkumandang di serata Negara. Polimik politik menguasai segala-gala dan akhirnya kita terus tidak berkerja.

(3) Kemlopmok Zahid pula pasti sentiasa mahu menangguk di air keruh. Empat kemenangan PRK lepas menjadi tandaars dan peniup semangat buat mereka. Tidak berapa lama dahulu mereka membuat Akuan Bersumpah untuk kekallakn Mahathir sebagqai PM sehingga habis penggal. Kini mereka sudah menarik balik Akuan Bersumpah SD menyokong Mahathir. Mereka menuntut Parlimen untuk dibubarkan. Dengan termasuhnya Akta Berita Palsu, maka dengan berlakunya PRU15, kelompok Zahid atas kepincangan Kerajaan PH, mereka menjangka pasti boleh melakukan apa saja untuk menang. Gaya kempen PH di PRU14, akan makan tuan. Jika itu terjadi, kali ini, gajah akan berentap dengan gajah secara habis-habisan dan kesan buruknya pasti sangat dalam dan luas. Sikap Anwar dan Zahid pasti let fight to the ash.

(4) Seperti saya katakan dalam tulisan terdahulu bahawa DYMM DYPA mempunyai pilihan untuk melantik Wan Azizah sebagai Pemangku PM bila DYMM DYPA menerima perletakkan jawatan Mahathir. Namun baginda tidak berbuat sebegitu, pasti baginda berpunya sebabnya tersendiri. Semalam 26 Feb., baginda baru selesai menemuduga dan mendapat pandangan semua ahli-ahli Parlimen kecuali dari Nazri Aziz (?) dan Mahathir mengenai kedudukan perlantikan PM ke 8. Kini pasti baginda sedang meneliti akan statistik yang ada di tangan baginda dan tengah memperhitung segala kesan dari kemungkinan keputusan yang baginda akan perbuat. Saya yakin DYMM DYPA mempunyai kuasa mutlak dalam melantik siapa PM yang baginda fikirkan wajar demi masa depan Negara.

(5) Sinario kini, Mahathir bukan pilihan bagi kedua-dua kelompok Anwar dan Zahid. Syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua kelompok tidak memungkinkan Mahathir untuk mewujudkan Kabinet Perpaduan yang kemungkinannya melibatkan kedua-dua belah pihak. Saya merasakan Mahathir secara persendirian, tidak akan dapat membentuk Kabinet Baru. Kelompok Anwar tidak akan bersetuju dengan langkah Mahathir, lantaran itu pasti menangguhkan dan menipiskan peluang untuk Anwar menjadi PM. Kelompok Zahid, berpunya kepentingan lain yang kini saya yakin lebih menjurus kepada menyelamatkan diri. Bagi mereka, lagi lama Kerajaan kucar-kacir, maka peluang untuk mereka selamat adalah jelas. Walau bagaimanapun, di arena politik nothing is impossible. Perhatikan saja GPS yang dulunya mengambil pendirian sebagai "pembangkang" kini sudah berubah. Saya hanya berdoa "Bang Mat" bahkan Anthony Luke, Lim Guan Eng dan Govinda Singh pasti masih waras untuk melihat kepentingan Negara berbanding dengan kepentingan PH.

(6) Apakah sandaran Mahathir dan Negara? Demokrasi sepertinya, tidak memungkinkan penyelesaian terbaik. Kini banyak pihak sedang mengusul agar bubar saja Parlimen dan kembalikan kuasa kepada rakyat. Pandangan ini kepada saya lebih bersifat tiori dari hakiki. Rakyat Malaysia, bagi saya belum berupaya untuk melihat banyak perkara secara bebas merdeka. Biar Parlimen dibubar, PRU15 diadakan, namun dalam suasana kini, tetap akan wujud 2-3 kelompok yang bertentangan dan tidak mempunyai majoriti jelas. Kita past menjadi lebih parah.

(7) Saya dapat rasakan, perit bagi Mahathir yang sifatnya kerja-kerja. Namun Mahathir adalah Mahathir, keresahannyn tidak tergambar di wajahnya. Fikirannya pasti kini sedang ligat memutar. Cuma satu kewajaran yang ada, Alhamdullilah kini penjawat awam penting sudah berganti dengan baik dari kelompok terdahulu. Setidak-tidak Mahathir kini sudah mempunyai ketumbukan penjawat awam yang boleh beliau sandarkan kuat. Juga jika diberikan masa, saya percaya Mahathir masih berupaya maneuver di kalangan kedua-dua kelompok bermusuhan ini. Dan saya tetap berkeyakinan, Mahathir dan DYMM DYPA mempunyai trump card atau talian hayat bagi mengatasi permasalah ini. Saya tidak perlu menyatakan apakah trump card yang DYMM YDPA dan Mahathir miliki. Saya yakin, demi Negara, jika segalanya buntu, trump card itu pasti akan dikeluarkan juga. Saya tidak yakin menuruti kehendak kelompok Anwar dan atau Zahid dapat menstabilkan kecelaruan politik Negara kini. Jikapun Anwar dilantik sebagai PM ke 8, hanyat jawatan beliau saya yakin juga akan singkat. Malah saya menduga, perlantikan Anwar sebagai PM ke 8, akan membawa lebih mudharat dari menyelesaikan masalah. Samalah jika Parlimen dibubar dalam waktu terdekat, dan PRU15 diadakan serta-merta, atas sentimen semasa, masih sukar untuk mendapat kelompok yang boleh meraih majoriti terbanyak. Bahkan kempen PRU15 dalam sentimen kini akan berubah menjadi kebakaran yang sangat merosakkan.

(8) Pilihan yang ada kepada Negara kini hanya satu. Biarkan DYMM DYPA menentukan arah pentadbiran Negara di waktu-waktu kritikal ini. Tonggak Rukun Negara mesti semua lapisan rakyat patuhi. Rakyat perlu bersabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM YDPA untuk menguruskan kecelaruan ini. Kita bertqwakal kepada Allah untuk menanti kebenaran hakiki. Dan agar fungsi DYMM YDPA adalah berkesan dan saksama, Mahathir yang kini adalah Perdana Menteri, beliau harus berkerja bersama-sama Istana dalam keadaan paling saling melengkapi. Keharmonian kerja antara Istana dan Wisma Perdana sahaja yang akan dapat mengembalikan Negara pada kedudukan stabil dengan cepat. Di peringkat Negeri, Raja-Raja boleh memainkan peranan besar mereka.

(9) Kudrat Allah, selagi ada kalangan yang waras dalam Umat Melayu, Dia pasti akan melimpahi rahmatNya kepada kita. Kemelut kini, menaup antara Istana dan pentadbiran yang sekian lama kelihatan bersifat masam-masam manis.  Semoga, dengan apa yang berlaku ini, dan keterlibatan Istana secara bijaksana, Melayu akan kembali kepada susila buang yang keruh ambil yang jernih dan kembali bersatu demi Melayu, Negara dan Islam. Permaufakatan Istana dan Wisma Perdana, In Shaa Allah menjurus kepada permaufakatan dalam pemilihan para khalifah besar yang pernah Islam pertontonkan untuk kita kini renungi bersama.

Kuala Lumpur, Malaysia
28 Feb., 2020
Loading...
Back To Top