Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Biar berterus-terang.

Oleh Lim Hong Siang

Dunia politik
Loading...
sememangnya sarat dengan tipu-helah, sebagai strategi untuk mencapai matlamat yang diinginkan - sama ada yang baik mahupun yang jahat.

 Tiada politikus yang suci. Ada yang tipu sijil, ada yang mungkir janji, ada yang menyelindung fakta dan sebagainya.

Masalahnya PAS menggunakan agama dalam politiknya, sekaligus mengheret imej Islam apabila pemimpinnya berbohong.

Mungkin pada saat-saat ini ada yang berkata "jangan heret Islam kerana ini adalah tingkahlaku peribadi pemimpin tertentu".

Betul kenyataan ini. Maka lain kali apabila pemimpin PAS dikritik, jangan pula mengheret nama Islam.

Jangan dituduh pengkritik itu menghina Islam, hanya semata-mata apabila orang mengkritik pemimpin PAS.
Loading...
Back To Top