Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Penggubal Pindaan Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) Sekolahkan Ketua Penerangan Dr. Radzi Jidin, Pengerusi Berkuasa!

Loading...
PANDANGAN TERHADAP KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN BERSATU BERTARIKH 7HB MEI 2020.
Terpanggil untuk mengulas kenyataan oleh Ketua Penerangan BERSATU, Dr. Radzi Jidin bertarikh 7hb Mei 2020 terutama sekali kepada perenggan 5 kenyataannya yang menarik perhatian saya.
Sebelum itu, syabas diucapkan atas cubaan gigih untuk menggerakkan Penerangan walaupun hanya mutakhir ini oleh kerana sebelum ini kewujudan Penerangan BERSATU tidak langsung disedari oleh ahli-ahli BERSATU kerana senyap sepi umpama hidup segan mati tak mahu.
Sebagai Penggubal Pindaan Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019), ingin saya membantu Saudara Radzi Jidin untuk memahami dengan betul perkara yang cuba diulas oleh Dr. Radzi Jidin atau boleh saja dikatakan umpama suatu ugutan bersifat tindakan disiplin terhadap YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir dan mana-mana ahli BERSATU yang dilihat bersetuju dengan cadangan untuk bergabung semula dengan PAKATAN HARAPAN terutama sekali apabila Dr. Radzi Jidin merujuk kepada Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019).
PERTAMA, Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) hanya memperuntukkan bahawa keahlian ahli BERSATU terhenti secara serta-merta HANYA JIKA ianya MENYERTAI atau MENJADI ahli mana-mana parti politik lain.
Mencadang supaya BERSATU kembali kepada PAKATAN HARAPAN, menyokong atau sekiranya seseorang ahli BERSATU dilihat condong kepada pandangan dan dasar satu-satu parti politik yang lain TIDAK SAMA SEKALI menjadikan keahlian seseorang ahli BERSATU itu terhenti secara serta-merta.
Pada ketika ini, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi ahli BERSATU bernombor 01 dan merupakan PENGERUSI BERSATU yang sah menang tanpa bertanding. Begitu juga Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir yang masih lagi ahli BERSATU merangkap Timbalan Presiden BERSATU.
Perkara ini juga terpakai kepada semua ahli-ahli BERSATU yang belum dan/atau tidak menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain tetapi tetap condong dan menyokong kepada penyatuan semula BERSATU ke dalam PAKATAN HARAPAN.
Pada saat mana-mana ahli BERSATU itu menyatakan sokongan malahan kuat berazam dan berusaha untuk membawa kembali BERSATU ke pangkuan PAKATAN HARAPAN, ianya tidak menjadikan asas kepada terhentinya keahlian secara serta-merta.
KEDUA, bergabung dengan UMNO dalam “PERIKATAN NASIONAL” yang masih belum sah berdaftar bahkan tiada sebarang struktur dan hala tuju yang jelas serta keluar daripada PAKATAN HARAPAN adalah bukan suatu ketetapan dan dasar-dasar parti BERSATU.
Suka saya mengingatkan kembali bahawa mesyuarat MPT pada 23hb Februari 2020 untuk membawa keluar BERSATU daripada PAKATAN HARAPAN yang merupakan suatu perkara besar dan berkait dasar dan perjalanan parti sebenarnya pada sudut Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) adalah tidak sah dan tidak terpakai.
Majlis Pimpinan Tertinggi hanyalah berkuasa menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 13.1 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019). Di dalam hal ini, usul atau cadangan untuk membawa keluar BERSATU daripada PAKATAN HARAPAN tidak pernah sama sekali di bawa dahulu ke Perhimpunan Agung Khas dan dibuka kepada setiap Bahagian-Bahagian untuk dibahas dan diputuskan samada setuju BERSATU keluar daripada PAKATAN HARAPAN atau tidak. Sebagaimana contoh yang boleh diambil daripada Parti PAS yang membawa usul ke Muktamar Khas untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan KEADILAN lantas keluar daripada gabungan PAKATAN RAKYAT suatu ketika dulu. Perlu diingatkan bahawa Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi Parti BERSATU yang selayaknya platform untuk menentukan perjalanan parti yang berkait urusan keluar atau tidak daripada gabungan dalam PAKATAN HARAPAN ketika itu sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 12.1 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019). Sebab itu gerakan membawa keluar BERSATU daripada PAKATAN HARAPAN dikatakan sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ parti.
KETIGA, sekali lagi suka saya ingatkan Dr. Radzi Jidin dan juga kepada seluruh ahli-ahli BERSATU yang lain bahawa PENGERUSI BERSATU (bukan Pengerusi Tetap yang banyak disalaherti oleh orang ramai bahkan ahli-ahli sendiri) merupakan PEMIMPIN UTAMA Parti BERSATU dengan mudah fahamnya, Ketua Parti BERSATU sebagaimana Fasal 16.2.1 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019). Maka YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku PENGERUSI BERSATU yang merupakan Ketua Parti adalah berkuasa dan berhak untuk menandatangi kenyataan bersama PAKATAN HARAPAN bertarikh 4hb Mei 2020 bahkan ia bukan satu tindakan yang bercanggah dengan pendirian parti BERSATU.
Berhenti daripada amalan mengugut ahli-ahli BERSATU dengan tindakan disiplin yang tidak berasas.
SAIFUL AMBAR ABDULLAH AMBAR
8HB MEI 2020
15 RAMADHAN 1441H.

Image may contain: text

Image may contain: text
Loading...
Back To Top