Kali ini berkaitan cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Isu ini bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi parti-parti politik tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pendakwah, pemimpin masyarakat dan rakyat terutama orang Melayu dan Islam. Tindak balas mereka panas sehingga membawa kepada demonstrasi.

Entah apa lagi isu yang bakal dilambung untuk disambut oleh orang Melayu, siang dan malam. 
Dalam tempoh enam bulan ini satu persatu isu timbul sama ada yang dicetuskan oleh orang politik, NGO yang bergerak atas nama memperjuangkan hak asasi manusia dan pelbagai lagi.

Menyelak kembali, antara isu yang dicetuskan sebelum ini yang mampu mengguris perasaan orang Melayu dan Islam termasuklah berkaitan institusi raja-raja Melayu, bahasa Melayu, sekolah tahfiz, institusi Islam, penyebaran kitab Bible di kawasan sekolah dan penduduk kampung melibatkan orang Melayu dan Islam khususnya di Pulau Pinang dan Kedah, isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Begitu juga amalan khatan bayi perempuan turut dijadikan isu atas nama memperjuangkan hak asasi manusia. Kenapa keadaan ini berlaku? Adakah sekadar mahu melihat sejauh mana orang Melayu Islam boleh bersabar atau berkompromi? Adakah mereka berbuat demikian kerana menyedari bahawa ada kalangan orang Melayu yang bersedia menyokong dan mengiyakan apa yang dibangkitkan?

Kata orang, sarang tebuan jangan dijolok. Mungkin mereka berani menjolok kerana tahu tebuan sudah lemah, tidak berbisa atau terbang meninggalkan sarang? Memang benar, atas nama demokrasi, mereka bebas bersuara untuk memperjuangkan hak asasi manusia tetapi akhirnya ia lebih menjurus kepada tindakan provokasi yang mencetuskan kontroversi.

Hentikanlah sebarang bentuk tindakan yang boleh meniup api kemarahan, untuk mencabar maruah umat Melayu dan Islam. Dalam sesetengah isu ada juga yang menyifatkan semua ini mainan ‘cybertrooper’ dan juga pembangkang.

Namun bagi ICERD, parti politik kerajaan juga tidak bersetuju. Isu ini lebih panas apabila diputarkan kembali video lama mengenai kenyataan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Jika benar kenyataan itu keluar daripada mulutnya, maka ia amat memalukan. Ia mempamerkan keangkuhan, kesombongan dan pembohongan.

Apakah label yang