Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anwar: PH sokong, beri Dr Mahathir ruang pimpin kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi
Loading...
ruang menerajui kerajaan.

“Dr Mahathir mesti diberi ruang memimpin kerajaan berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui.
“Beliau memiliki sokongan penuh dari Pakatan Harapan (PH),” kata presiden PKR menerusi Twitter miliknya petang ini.

Anwar berkata berdasarkan pertemuannya selama sejam dengan Dr Mahathir, beberapa isu luar turut dibincangkan.

Katanya, Dr Mahathir mempunyai pandangan yang sama mengenai isu Singapura selain fokus kepada ekonomi untuk membasmi kemiskinan.

“Saya juga berkongsi butiran pertemuan saya bersama Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

“Saya juga meminta pandangan mengenai pertemuan saya bersama Perdana Menteri India Narendra Modi minggu depan,” coretnya.
Loading...
Back To Top