Katanya, perjanjian penyelesaian berkenaan adalah untuk memastikan setiap ringgit dapat dikembalikan ke Malaysia.
"Kita buat perjanjian pada tahun 2015 dengan pihak Abu Dhabi. Dalam perjanjian itu, kita menerima AS$1 bilion (RM4.16 bilion) dari IPIC (International Petroleum Investment Co). Selepas itu dia bersetuju untuk membayar balik AS$3.5 billion (RM14.57 bilion) kepada kita dan inilah yang dia kata penukaran aset dengan hutang, kita akan dapat balik AS$6.5 bilion (RM27.05 bilion) yang merupakan penyelesaian kita," katanya.