PAKATAN Harapan masih belum mengumumkan calon perdana menteri pilihan kerana perlu merujuk kepada parti lain dalam gabungan itu, kata Anwar Ibrahim.
“Masih belum ada keputusan muktamad. Walaupun Pakatan telah buat keputusan, ia masih perlu merujuk kepada parti seperti Warisan dan kumpulan Dr Mahathir Mohamad,” kata presiden PKR itu dalam sesi siaran langsung di Facebook hari ini.
Turut memohon maaf kerana penangguhan, Anwar berkata keputusan siapa yang perlu jadi perdana menteri Pakatan Plus bukan isu penting.
“Keutamaan kita adalah untuk memastikan agenda pembaharuan ekonomi dan ketelusan dalam tadbir urus yang lebih baik. Ini lebih utama berbanding

Loading...
keputusan siapa yang patut jadi perdana menteri,” kata ahli Parlimen Port Dickson.
“Seperti sedia maklum, kerajaan Perikatan Nasional membuat lantikan pada institusi utama tanpa semak dan imbang dan menekan kumpulan minoriti.”
Walaupun Pakatan Plus mahu menang kembali kerajaan persekutuan, ia seharusnya tidak mengorbankan masalah yang mempengaruhi orang ramai.
“Kita juga perlu memberi keyakinan kepada pelabur.
“Namun saya memohon maaf atas penangguhan dalam membuat keputusan,” kata Anwar.
Pakatan Plus dijangka akan mengumumkan keputusan siapa calon perdana menterinya sekiranya ada pilihan raya baharu, semalam.
Namun mesyuarat itu dibatalkan pada saat akhir kerana parti terbabit tidak dapat membuat keputusan berhubung perkara itu selepas Dr Mahathir menyatakan mahu menjadi perdana menteri buat kali ketiga, selama setahun di bawah tiket Pakatan.
Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 24 Februari lalu selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan dan Bersatu menarik balik sokongan terhadap kerajaan 22 bulan itu.
Bersatu bersama 10 ahli Parlimen yang diketuai bekas timbala presiden PKR Mohamed Azmin Ali, menyertai Barisan Nasional, PAS, GPS dan beberapa ahli Parlimen Sabah untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Difahamkan, Perikatan mempunyai sokongan 115 ahli Parlimen manakala Pakatan Plus mempunyai 107