Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pakatan guna logo PKR, SPR tunggu pengesahan rasmi...Kita Tunggu Pasti Yang Ramai BOIKOT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menanti makluman rasmi daripada pimpinan pekatan pembangkang untuk sudah mengambil keputusan untuk menggunakan satu logo bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, meskipun keputusan itu diumumkan malam tadi, namun ia perlu mendapat kebenaran SPR.

“Pengesahan logo dari kita, daftar sahaja dengan RoS, tapi PH kena kemuka keputusan mereka kepada kita, bukan mereka sahaja, tetapi parti lain di Sarawak dan Sabah dan kalau tiada yang membantah, kita luluskan,” katanya hari ini.
Loading...
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZA1V0QMuDwZ1WX-HWweiQt1Ash1kMu6bvxxq1BIvACrh7P9LhW6UJGF8tG1of1uEEljjtsTDhx5qA_uT_o25s0fCOdDFXv9he-BDLuKOb_QHj6AatfOlF8ZyNHdYlCcymMXAX-Vsrcm_l/s1600/mohd-hashim-pengerusi-SPR-e1489683215381+%25281%2529.jpg" imageanchor="1" style="clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;">
Hashim (foto) mengulas selepas menyaksikan raptai dan simulasi Bilik Gerakan PRU14 di Menara SPR Putrajaya.

Semalam, Pengerusi pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa calon daripada DAP, PAN dan PPBM akan menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, mengulas pemasangan bendera parti politik seperti PPBM di beberapa kawasan, Hashim berkata pihaknya hanya akan mengambil tindakan selepas hari penamaan calon diadakan.

“Bila tahu siapa dan daripada parti politik mana yang nak bertanding, baharu kita ambil tindakan ke atas parti politik yang tak bertanding di kawasan itu.

“Kalau tak bertanding, maka kita tak benarkan. Tak kira kerajaan atau pembangkang,” ujarnya lagi.
Loading...
Back To Top