Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jangan bimbang…kerajaan cukup duit tunai janji Manifesto BN PRU14...Puak PH Mata Merah Dan Meroyan

Lojiknya jelas di depan mata.Mana semua ini boleh bikin kalau tak ada duit.

Maka yang sentiasa dok berdoa agar kerajaan bangkrap atau sudah nak masuk longkang  kata orang putih janganlah frust berguling-guling.

Kalau dengar dari 364 inisiatif dalam Manifesto BN untuk pilihanraya umum ke 14 yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memang kena pakai duit banyak.

Ini lebih-lebih lagi dengan pengumuman tambah kadar BR1M dan pengenalan kategori baru BR1M untuk mereka yang berpendapatan RM4,000  ke RM5,000  serta bantuan one off untuk anak yang nak masuk pusat pengajian tinggi.

Ada yang mungkin bertanya mana nak korek duit kerana harga minyak dunia di paras yang jauh dari harga zaman mewah dulu.

Apa yang pasti manifesto itu bukan  dibuat secara hentam keromo macam manifesto pakatan pembangkang.

Hal ini diakui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ketika sidang media selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Wisma UMNO di Hutan Melintang di Bagan Datuk Ahad.

Beliau menjelaskan ini kerana manifesto itu telah dibuat secara kajian terperinci termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara khususnya di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Katanya itu membuktikan rizab kewangan negara kukuh dan tidak bankrap.

Malah jelasnyamanifesto itu  meliputi semua lapisan masyarakat itu adalah praktikal dan realistik untuk dilaksanakan dan bukannya manifesto pembangkang diibaratkan seperti 'turun dari
Loading...
langit'.

"Kita dapati ketika pembentangan belanjawan yang terdahulu, andaian yang dibuat oleh kerajaan harga petrol adalah US$59 (RM228) setong. Namun sekarang harga telah mencecah lebih sedikit (iaitu) US$69 (RM267) setong, ertinya pendapatan negara akan bertambah.

"Maka pendapatan inilah yang digunakan untuk melaksanakan program-program yang dirancangkan. Di samping itu, kita lihat apabila sistem percukaian daripada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), wang itu dikembalikan kepada rakyat," katanya.

Kata  Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, pelaksanaan GST itu memperlihatkan kerajaan tidak pernah bankrap kerana rizab negara yang telah diumumkan oleh Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu lebih daripada US$108 bilion (RM418 bilion).

Menurutnya pengurusan kewangan negara dan juga seluruh sistem penyampaian dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah suatu yang mampan untuk dilaksanakan seperti manifesto BN yang terdahulu.

Jelasnya lagi, projek pembangunan yang dirancang dan dilakukan selama ini tidak dapat dilaksanakan jika pengurusan kewangan negara tidak mengikut langkah yang betul.

"Mana mungkin rizab (negara) kita (boleh) meningkat kalau negara kita bankrap, dan mana mungkin projek-projek dapat dilaksanakan jika pengurusan negara tidak dijalankan dgn sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan turut menunaikan janji dengan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diabaikan oleh pemimpin yang telah lama memerintah negara suatu ketika dahulu ke dalam manifesto BN kali ini.

"Kita lihat contohnya MA63, Perdana Menteri menyebutkan perjanjian tandatangan antara negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan Sabah dan Sarawak adalah komponen utama di dalam perjanjian berkenaan.

"Jadi dengan adanya manifesto ini kita harap beberapa tindakan terlepas pandang oleh pemimpin-pemimpin terdahulu terutama pemimpin yang agak lama memimpin negara tidak lagi dijadikan isu seperti isu Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian," katanya.

Mengambil contoh inisiatif untuk wanita, Zahid juga berkata Manifesto BN PRU-14 kali ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wanita di negara ini dan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa mereka.
Loading...
Back To Top