Loading...
(PRU14).
Pada masa sama, beliau yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan mempertahankan kerusi DUN Permas melahirkan keyakinan bahawa penduduk setempat tidak akan membiarkannya kalah kepada pembangkang.
“Pembangkang meletakkan calon-calon luar yang nombor kad pengenalannya bukan ‘01’ untuk bertanding di Pasir Gudang.
“Tetapi, saya yakin dengan orang Pasir Gudang tidak akan membiarkan saya tewas di tangan orang luar ini,” katanya ketika berucap di majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Pasir Gudang, DUN Permas dan DUN Johor Jaya, di Johor Bahru, Khamis malam.
Pengerusi BN Johor itu turut menjangkakan PRU14 merupakan pilihan raya umum paling sengit yang mesti dimenangi seluruh parti komponen BN di negeri itu.
“Kemenangan BN di Johor mesti bermula di Pasir Gudang.
“Oleh itu, jangan malukan Pasir Gudang, jangan benarkan diri kita dikalahkan oleh pembangkang, bila kita masuk perang kita mesti menang,” katanya.