Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

GAUM AKAN JELAJAH KEMPEN TOLAK TUN M, SHAFIE

Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) bakal memulakan siri jelajah ceramah PRU14 bertajuk ‘Tolak Shafie dan Tun Mahathir’ di seluruh Sabah.

Kempen dengan kerjasama BN Kudat sepanjang
Loading...
16 hari menjelang hari pembuangan undi pada 9 Mei akan bermula di Parlimen Kudat dan berakhir di Tawau.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata kempen ini akan mendedahkan betapa bahayanya mengundi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini disebabkan janji membantu Sabah amat meragukan berdasarkan pengalaman lalu kedua-dua pemimpin itu sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, ia juga bakal memberi penjelasan mengenai kegagalan Shafie membantu rakyat negeri sepanjang menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun.

“Dengan peruntukan sebanyak RM20 billion untuk luar bandar dan RM7.5 billion diperuntukkan khusus untuk Sabah, jelas terbukti sasaran membantu rakyat gagal terlaksana.

“Ini terbukti kerana masih banyak jalan raya penghubung kampung ke kampung utama dalam keadaan amat daif,” katanya.
Loading...
Back To Top