Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pengundi Cina diingatkan jangan termakan janji palsu pembangkang

Pengundi Cina perlu memilih parti yang boleh menjamin mereka dalam aspek ekonomi, pendidikan dan keselamatan pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengundi Cina tidak boleh lagi terpedaya dengan janji pembangkang yang dilihat gagal dilaksanakan.

Katanya hasil lawatan beliau di beberapa lokasi penempatan masyarakat Cina serta bertemu tokoh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati rata-rata masyarakat itu sudah menerima Barisan Nasional(BN) selepas kurang keyakinan dengan pembangkang.

“Cukuplah, pengundi Cina jangan terjebak lagi dengan
Loading...
janji-janji diberikan pembangkang, tengoklah janji mereka semula, cakap nak bagi air free (percuma) tapi tak dapat pun, cakap harga air tidak naik tapi naik juga, di Selangor sampai ada yang tidak mandi kerana krisis ketiadaan bekalan air.

“Berilah pula peluang kepada pemimpin Cina dari BN untuk menunjukkan kemampuan mereka membantu masyarakat Cina dan saya yakin pengundi Cina sudah mula berubah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi penduduk Kampung Bagan Pasir Laut, di Dewan Terbuka Kampung Bagan Pasir Laut, Bagan Datuk Perak hari ini.

Hadir sama Pengerusi MCA Perak yang juga EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Dalam majlis itu, Sebanyak 136 rumah di Kampung Bagan Pasir Laut di sini memperoleh TOL selepas Kerajaan Perak meluluskan pengambilan balik tanah membabitkan kawasan seluas 14.7 hektar milik Syarikat Ghadaf Marble Sdn Bhd pada 7 Februari lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam sidang medianya pula berkata, pengundi Cina sudah mula tersedar dan mengakui kesilapan mereka pada dua PRU sebelum ini dan akan kembali memberi sokongan kepada BN.

“Dulu mereka terjebak atas suntikam kebencian pembangkang terhadap BN dan kini mereka sudah melihat perjuangan kami (BN) sama dengan apa yang mereka inginkan dan akan kembali bersama BN,” katanya.
Loading...
Back To Top