SHAH ALAM: Jangan tertipu jumlah kerusi yang akan ditandingi parti dominasi Cina, DAP hanya 35 sahaja berikutan ia tidak termasuk Sabah Sarawak, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Ini kerana ujar beliau, angka yang sedikit itu merupakan satu cubaan untuk mengaburi mata orang Melayu kononnya PPBM yang berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH) dan bukannya DAP.
"Ini adalah satu cubaan untuk 'mengelabukan' mata orang Melayu khususnya seolah-olah dalam Pakatan Harapan itu adalah PPBM. Sedangkan yang bilangan kerusi sebenar yang akan ditanding itu tidak dikira di Sabah Sarawak lagi. Di Sabah dan Sarawak PPBM tidak bertanding langsung sedangkan DAP banyak bertanding. Malah menang 7 kerusi dalam PRU13 lalu.
"Saya dah kira-kira campur, dapati bahawa kerusi sebenar yang DAP akan bertanding adalah 54. Itu kurang, minima berdasarkan kepada yang DAP pernah bertanding dalam PRU13 lalu.
"Itu berdasarkan Lim Kit Siang akhir 2016 bahawa kerusi yang dia (DAP) akan bertanding di Sabah akan berlipat kali ganda. Jadi bilangan sebenar dia akan jadi 54, ini melebihi daripada kerusi yang akan ditandingi PPBM iaitu 52 sahaja," katanya kepada Antarapos hari ini.
Beliau mengulas berkenaan keputusan pembahagian kerusi parti komponen gabungan pembangkang itu yang menimbulkan tanda tanya apabila DAP hanya diperuntukkan 35 kerusi, jumlah yang jauh berbeza berbanding jumlah kerusi ketika bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dahulu.
Keputusan yang dicapai pakatan pembangkang itu turut menyaksikan PPBM dengan jumlah kerusi terbanyak iaitu 52 kerusi, diikuti PKR 51 kerusi dan parti serpihan PAS Amanah hanya

Loading...
27 kerusi.
Namun pengumuman yang dibuat tersebut hanya kerusi Parlimen di Semenanjung sahaja dan tidak termasuk Sabah Sarawak.
Rekod PRU DAP bukti dominasi PH
Jika dilihat kepada rekod parti pimpinan Lim Kit Siang itu, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi.
Kit Siang juga berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor apabila memenangi kerusi Gelang Patah.
Manakala DAP di Sabah dan Sarawak khususnya, parti itu memenangi 7 daripada 31 kerusi dengan pengundi di Kota Kinabalu, Sandakan, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen.
DAP kini mempunyai kerusi terbanyak antara pembangkang di Parlimen dengan 38 kerusi daripada 222 jumlah keseluruhannya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.
Sehubungan itu tegasnya, disebalik gambaran menonjolkan PPBM, DAP sebenarnya berpeluang cerah untuk menang dan menguasai Parlimen Malaysia sekiranya pakatan pembangkang itu menang pada PRU14 yang tidak lama lagi.
"Memang, dia (DAP) memang boleh mendominasi. Walaupun PPBM bertanding 52 kerusi itu bagi saya kalau menang separuh 26 itu pun sangat tinggi. Saya tak rasa PBMM boleh menang 26 kerusi, separuh. Jadi berbanding dengan kerusi DAP sebelum ini akan sebabkan implikasi lain.
"DAP memang punyai potensi yang sangat tinggi untuk menang sekitar 40-50 kerusi. Sebabnya yang sebelum ini pun dia dah menang 38 kerusi. Jadi kalau setakat 45 kerusi itu biasalah ditambah dengan persempadanan semula yang jamin kemenangan DAP di kerusi-kerusi bandar. Seperti Petaling Jaya Utara. Jadi apa yang akan berlaku?
"DAP lah yang akan dictate ataupun menentukan hala tuju dan dasar-dasar kerajaan PH. Walaupun orang lain yang menjadi Perdana Menteri. Sebab itu yang Datuk Seri Najib sebut bahawa kerajaan PH berindukkan DAP. Kepala dia DAP walaupun kata PM dia Tun sekalipun ataupun Anwar sekalipun. Yang akan jadi kepala dia tetap DAP," ujarnya lagi.