Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Akhirnya DAP paling dominan dalam PH, kata Mohd Amar

SHAH ALAM: 'Akhirnya DAP juga yang dominan', kata Naib Presiden PAS,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika mengulas keputusan agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) di semenanjung, yang diumumkan semalam.

Amar berkata jumlah kerusi yang diberikan kepada parti setahun jagung, PPBM sebanyak 52 kerusi Parlimen adalah terlalu banyak dan ia di luar kemampuannya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Tambahnya lagi, PKR dan Amanah perlu bergelut untuk menang semaksimum yang boleh, tidak seperti DAP yang diramal mampu menang hampir kesemua 35 kerusi Parlimen yang diberikan kepadanya.

PKR dan Amanah masing-masing mendapat 51 dan 27 kerusi Parlimen.

"Dan akhirnya akhirnya DAP juga yang dominan.
Loading...
Sebab DAP ada pengundi tegar dan kawasan tradisi.

"PPBM sendiri tak ada kerusi kecuali di Pagoh itu pun menang atas tiket BN. Amanah pun menang kerana PAS, mereka ini adalah kemungkinan besar untuk kalah," katanya dipetik sebuah portal.

Ditanya pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata pakatan pembangkang sudah tiada calon berwibawa untuk memimpin negara bagi menggantikan BN.

Katanya, Dr Mahathir seorang ahli politik hebat apabila pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP sebelum ini berlawan menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, namun tiba-tiba dalam masa dua tahun, Pengerusi PPBM itu diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

"Mereka berjuang sejak 1999 untuk menjatuhkan Dr Mahathir mengenai isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi dalam masa dua tahun mereka boleh pula terima beliau walaupun sekadar cadangan Perdana Menteri sementara...tetapi itu hanya atas kertas," katanya.

Bekas pengasas PPBM, Anina Saaduddin hari ini berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang mencetuskan satu lagi episod krisis dalaman dalam PH.
Loading...
Back To Top