Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MAHATHIR BAKAL PERKENAL SEMULA ‘MAHATHIRISME’ – ANAK MENDIANG KARPAL SINGH

Tindakan menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan (PH) terus dipertikaikan penyokong gabungan pakatan pembangkang itu.

Turut dilaporkan, anak perempuan kepada mendiang pemimpin kanan DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan kewajaran PH mengumumkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika gabungan pakatan pembangkang menang dalam Pi­lihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), lapor akhbar tempatan.

Sangeet Kaur dipetik berkata, langkah tersebut jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ketandusan calon lain untuk menjawat jawatan tersebut selain kekurangan strategi gabungan itu pada masa depan.

Jelas beliau ia beritukan tumpuan seharusnya diberikan pada soal dasar dan prinsip malah pemimpin juga perlu diasuh untuk memastikan kesinambungan kepimpinan.

“Dia (Dr. Mahathir) akan menjadi Perdana Menteri sekali
Loading...
lagi dan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirisme.

“Walaupun ia mungkin satu tindakan terdesak seperti gabungan kita dengan Pas satu ketika dahulu, adakah kita terbuka untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak satu hari nanti sekiranya keadaan terdesak,” katanya dalam kenyataan seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan, semalam.

Untuk rekod, Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai DAP pada Ahad mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak.

Sementara itu, Sangeet Kaur juga dipetik berkata, hujah mengatakan kononnya kerjasama dengan Dr. Mahathir hanya untuk memastikan perubahan berlaku di negara ini tidak lagi boleh diguna pakai, apatah lagi permohonan maaf Dr. Mahathir mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kesalahan lain yang dilakukan semasa menjadi Perdana Menteri juga tidak dilakukan dengan sepenuh hati.

“Ini bukan mengenai pengampunan, ia adalah soal akauntabi­liti kerana orang yang mempu­nyai kedudukan serta kuasa harus bertanggungjawab terhadap ke­dudukan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sangeet Kaur turut mempersoalkan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang seolah-olah berdiam diri seperti menerima permohonan maaf Dr. Mahathir itu.
Loading...
Back To Top