Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Siti Hasmah Pun Sama Tak Sabar Hendak Berpolitik Bersama Mahathir...22 Tahun Isteri PM Lamanya Masih Dijalanan Lagi....Masyallah

Isteri Mahathir Mohamad, Siti Hasmah Mohd Ali, nampaknya sudah tidak tahan mahu melibatkan diri dalam politik dan akhirnya beliau berucap dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik yang diadakan di ibu negara semalam.

Bertempat di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction, Siti Hasmah berucap di hadapan hanya kira-kira 500 orang peserta himpunan berkenaan yang terdiri daripada wanita sahaja membantah politik toksik yang menurut mereka amat berleluasa pada masa kini.

Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau banyak menghabiskan masa di belakang tabir menjadi pengiring ketika Mahathir menghadiri majlis-majlis rasmi tetapi apabila Mahathir sudah tidak jadi Perdana Menteri, Siti Hasmah pun seperti mahu turut serta berpolitik bersama-sama dengan beliau.
Loading...
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_t0PIjfbBbQ9Di6TAWqSG4goXQzsrLSNgzXdIZ3crGziF2SfInGbspvv__sBZzejfJNWlQAswPk2Q=s0-d" width="640">
Siti Hasmah mungkin tidak dapat tahan keinginan apabila melihat isteri Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail begitu aktif berpolitik sampai jadi Presiden parti PKR.

Walaupun sudah kepenatan, Siti Hasmah dibantu naik ke atas kenderaan trak pick-up untuk berucap di hadapan peserta tetapi tidak lama.

Ketika Siti Hasmah berucap Wan Azizah tidak bersama-samanya kerana Ahli Parlimen PKR, Permatang Pauh hadir agak lambat ke Maju Junction dan bersama-sama Dr Wan Azizah ketika berjalan kaki ke arah kompleks Pertama untuk menyambung perhimpunan.

Turut hadir bersama Siti Hasmah ialah Mahathir yang juga Pengerusi PPBM.

Pada perhimpunan itu, mereka menyatakan tiga tuntutan supaya aktiviti politik toksik menurut apa yang mereka faham dihentikan daripada terus berleluasa.

Netizen di media sosial sudah mula memberikan komen bahawa Mahathir adalah seorang yang mengamalkan politik toksik apabila meminta benda yang berlebihan termasuk mahu mengetuai pakatan pembangkang.

Baru sahaja menubuhkan parti PPBM tetapi tidak mahu mendedahkan jumlah terkini ahli yang sudah mendaftar dan parti Mahathir hanya ada satu kerusi dalam Dewan Rakyat, Parlimen iaitu Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sudah mahu mengimpikan jawatan yang tinggi termasuk Mahathir mahu jadi Perdana Menteri.
Loading...
Back To Top