Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KOMPONEN BN PERLU GERAKKAN JENTERA HADAPI PRU-14

Loading...
Sembo­yan pilihan raya yang dilaungkan dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tidak harus sekadar disambut oleh ahli-ahli parti itu sebaliknya perlu dituruti oleh pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, kepemimpinan parti komponen BN harus menggerakkan segera jentera mereka agar Najib dapat memimpin parti untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, semua pemim­pin parti komponen dan rakan parti BN yang berada dalam Dewan Merdeka pastinya telah jelas apa yang diinginkan oleh Perdana Menteri pada peringkat akhir ini.

“Apa yang penting adalah semua parti komponen perlu kekal bersatu dan menguatkan saf bagi menangkis segala serangan yang bakal dihadapi. Pembangkang sudah tidak mempunyai modal untuk menarik perhatian rakyat, lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hanya memperjuangkan hak diri sendiri semata-mata bukannya untuk negara,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam.

Sementara itu, Nallakaruppan berkata, orang Melayu beruntung kerana mempunyai pemimpin seperti Najib yang bukan sahaja benar-benar menjaga kepenti­ngan bangsanya tetapi melin­dungi hak semua rakyat Malaysia.

“Apa lagi yang rakyat Malaysia mahukan. Kita mempunyai pe­mimpin terbaik yang telah mela­kukan pelbagai perkara demi kebajikan dan kebaikan untuk rakyat negara ini,” katanya.
Loading...
Back To Top