Beberapa siri salah laku pemimpin Pakatan Harapan di Selangor akan didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam masa terdekat.
Menurutnya, pendedahan itu bukan sahaja melibatkan salah laku seperti penyalahgunaan kuasa, aktiviti rasuah dan skandal seks pemimpin Pakatan Harapan di Selangor, malah melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Saya sebagai pemimpin pembangkang di Selangor, buat kerja seperti pembangkang.
“Saya dah buktikan kekayaan luar biasa Adam Rosly AMK Ampang dan kini tentang salah laku anak saudara Menteri Besar sendiri dan selepas ini Ketua AMK Gombak pula saya akan bongkarkan kejahatan beliau,” kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.
Beliau berkata demikian kepada BNNBC.my portal ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di PWTC, pada Jumaat.
Tambah Jamal lagi, beliau telah mempunyai cukup bukti terhadap ‘kejahatan’ yang dilakukan oleh beberapa lagi pemimpin PKR di Selangor termasuk bukti terbaru skandal seks yang melibatkan Azmin.
“Saya akan

Loading...
bongkarkan beberapa lagi kejahatan ketua-ketua cabang PKR dan proksi kroni Azmin.
“Dan saya nak beritahu Azmin Ali bahawa saya telah ada video skandal ‘aiskrim’ selama 17 minit. Malam tadi saya telah menghabiskan masa melihat aksinya berulang kali dan saya pasti itu Azmin Ali Menteri Besar Selangor,” ujar Jamal.
Sementara itu Jamal mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Azwan Ali yang sudi bekerjasama dengannya membongkarkan perangai abangnya yang sebenar.
“Walaupun dianggap negatif atau pun positif dan yang paling mustahaknya orang tahu siapa Azmin Ali yang pandai bercakap tapi bijak menipu.
“Masalah bersemuka dengan Azmin, itu tidak penting, bagi saya apa yang kami kemukakan ini bukanlah tentang personal beliau, tetapi yang lebih pentingnya, Azmin Ali ini ialah Menteri Besar Selangor yang sepatutnya mengurus kekayaan Selangor ini untuk semua rakyat negeri ini dengan betul,” tegas Jamal.
Ditanya tentang tanggapan kehadiran Azwan akan memberikan impak negatif kepada UMNO, Jamal menegaskan beliau tahu membezakan perkara baik dan buruk apa yang dilakukan terhadap UMNO.
“Bagi saya tidak penting komen-komen di media sosial kerana mereka itu pertamanya bukan pengundi di DUN Bukit Antarabangsa,
“Kami dapati secara rawak 1,000 nama itu, 80 peratus daripadanya bukan pengundi di situ, malah bukan ahli UMNO dan BN, Mereka ini pembangkang,” jelasnya.
Selasa lalu Azwan telah mengumumkan bekerjasama dengan Jamal untuk menumbangkan abang kandungnya, Azmin pada PRU ke-14 nanti.