GEORGETOWN: Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon perdana menteri baru pada Januari 2018, sebagai alternatif bagi menggantikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah mempunyai pilihan lain yang akan menggantikan Anwar yang sebelum ini diletakkan sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 kelak.
Guan Eng

Loading...
mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media, tanpa kehadiran mana-mana pimpinan tertinggi PH yang lain, pada Isnin.
"Pilihan kita, semestinya Anwar untuk jadi perdana menteri tapi beliau masih di penjara. Maka ia mustahil (untuk meletaknya sebagai calon).
"Namun, pastinya kita masih ada calon lain. Pemilihan lain akan dibuat dan berharap (calon itu) akan diumumkan bulan hadapan," katanya.
Sebelum ini, pemimpin pembangkang sepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika PH berjaya menguasai Malaysia.
Media terdahulu melaporkan beberapa pemimpin PH tidak bersetuju jika pengerusi gagasan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi calon perdana menteri sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PH) sekadar dilantik sebagai calon timbalan perdana menteri.
Cadangan itu dibuat ketika permukiman PH selama dua hari di Putrajaya baru-baru ini.