Loading...
parti pembangkang itu yang diumumkan dalam sidang media di pejabat PKR Tuaran yang kini bertukar pejabat BN, diketuai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Tuaran, Rajimit Gunong dari PKR Tamparuli serta beberapa ahli lain.
Beliau berkata, keputusan dibuat secara rela hati dan bukan atas paksaan atau bersyarat daripada mana-mana pihak.
"Kami sebulat suara meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan, malah kami sedar pemimpin BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat. Saya berharap akan ada lagi ahli PKR menyertai kami untuk menyokong BN," katanya dipetik BH Online hari ini.
Sementara itu, Ketua Wanita Penyelaras PKR Sulaman, Halimah Paluh, berkata sebelum ini mereka sebulat suara memilih Rajimit sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Tuaran.
"Bagaimanapun, kepemimpinan parti memilih calon lain dan tidak mendengar pandangan kami, jadi lebih baik kami memilih BN yang terbukti mampu mengubah nasib rakyat," katanya.