Masyarakat Cina di negara ini diseru supaya ‘bangkit dan celik’ daripada terus membiarkan diri terus ‘diperbodohkan’ oleh DAP yang menggunakan isu perkauman tanpa melakukan apa-apa kebaikan untuk mereka.
Ketua Wanita Nasional Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, DAP secara berterusan telah menipu dan menghasut dengan menggunakan isu perkauman.
Tambah beliau, ia merupakan antara taktik mudah bagi mereka terus menang pilihan raya tanpa mengotakan sebarang janji yang ditabur sebelum itu.
Jelasnya, segala pembangunan negara yang sedang dan terus dibuat demi kesejahteraan rakyat menyebabkan pembangkang terutamanya DAP tidak senang.
“Sudah sampai masanya masyarakat Cina perlu celik, perlu sedar dan ke pangkal jalan. Segala macam janji yang ditaburkan oleh mereka tidak dikotakan. Paling senang, selain fitnah mereka juga sering kali menyalahkan kerajaan pusat untuk semuannya. Tetapi pada masa yang mereka sudah diberi undi dan

Loading...
menang.
“Cukuplah. Sudah dua penggal anda ditipu dan diperbodohkan bulat-bulat oleh mereka. Apa sahaja yang berlaku di Pulau Pinang wajar dijadikan sebagai pengajaran.
“Jangan lagi termakan dengan hasutan dan fitnah DAP, mereka bijak memutar belit fakta bagi menutup penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dengan cuba menghalalkan yang haram serta menuding jari kepada Gerakan dan MCA.
“DAP yang sebenarnya ‘running dog’ dan bukan MCA atau Gerakan. DAP yang pada hakikatnya menjual masyarakat Cina demi kuasa semata-mata. Walaupun kuasa di tangan mereka, mereka tetap tidak melakukan apa-apa kebaikan untuk rakyat sebaliknya hanya agenda peribadi,” tegasnya.
Tambah Lian Hoe, DAP akan melakukan apa sahaja termasuk menghasut dan memperbodohkan rakyat terutamanya masyarakat Cina demi kegilaan kuasa tanpa had.
“DAP akan mengakibatkan masyarakat Cina kerugian besar tanpa wakil dalam Kabinet, malah kita akan hidup susah dan menderita pada masa depan sekiranya rakyat terus menolak calon Cina pada PRU-14.
“Jika ini berlaku, mereka kemudian akan menuduh kerajaan BN rasis dan kepentingan masyarakat Cina tidak menjadi keutamaan. Sampai bila anda mahu diri terus menjadi mangsa DAP?
“Ingat, jangan termakan dengan janji yang tidak pernah dikotakan. Sandiwara demi sandiwara sebenarnya sudah mengabui mata rakyat untuk menakluki Putrajaya bagi kepentingan politik masing-masing dan bukannya rakyat,” tegasnya.