Ada sahaja yang tak kena dan hendak dipolitikkan. Itulah perangai pembangkang apabila Pulau Pinang dilanda banjir baru-baru ini.
Semasa nak minta bantuan, bukan main drama Ketua Menterinya dalam nada sedih memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Malah sesampainya Zahid di sana dia siap dipeluk lagi.
Tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain di negeri itu, seorang demi seorang mengutuk dan merungut tidak mensyukuri bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.
Bagaimanapun itu semua tidak mematahkan semangat Zahid mahupun kerajaan untuk terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
Pada Jumaat, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, melancarkan Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan menyerahkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Misi itu disertai 500 pegawai dan anggota menggunakan aset termasuk 19 lori, 17 van, tujuh

Loading...
kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Misi bantuan itu akan dimulakan di Pulau Pinang dan Kedah sementara negeri-negeri lain diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.
Zahid dalam ucapan ringkasnya sekali lagi mengingatkan supaya bantuan seumpama itu tidak dipolitikkan malah menegaskan kerajaan komited membantu mangsa banjir atas asas kemanusiaan tinggi tanpa mengira parti politik mana yang memimpin negeri terjejas.
"Kita rasa keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. Jangan politikkan. Apa yang berlaku adalah disebabkan pembangunan yang terlampau.
"Ertinya apabila sesuatu kelulusan projek pembangunan itu melebihi daripada yang sepatutnya ia akan mengakibatkan hakisan, keruntuhan dan ketohoran sungai yang tidak dapat menampung limpahan air hujan yang turun selama 17 jam.
"Saya tidak mahu mempolitikkan tetapi ini adalah fakta dan realiti," katanya.
Pada majlis berkenaan yang berlangsung di Putrajaya, Zahid turut melepaskan konvoi misi bantuan Kelab Bantuan Bencana 4x4 Rimau Akar Putrajaya yang disertai 40 ahli kelab dengan 15 kenderaan pacuan empat roda bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah.
Untuk misi itu, antara bantuan yang diterima RELA untuk dihantar kepada mangsa banjir ialah keperluan asas seperti beras, gula, susu, milo, teh, biskut, air mineral, selimut, penyapu, penyodok, alat pembersih dan pemotong kayu yang kesemuanya bernilai RM83ribu.