Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Isu hina Bugis: Hannah Yeoh menjawab...

Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tidak seharusnya campur tangan dalam isu membabitkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis, kata Speaker Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat lepas menjurus supaya perkara itu disiasat pihak berkuasa.

“Titah Tuanku adalah untuk polis menjalankan siasatan. Itu di perenggan terakhir (dalam kenyataan media).

“Tuanku tidak meminta Dewan untuk menyiasat. Tuanku bertitah supaya pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. Jadi mengapa dewan perlu masuk campur,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor hari ni.

Beliau berkata demikian bagi mengulas memorandum yang disampaikan oleh Adun Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini kepada Istana Selangor bagi membantah tindakan DNS menolak usul membahaskan kenyataan Dr Mahathir itu.

Pada sidang DNS semalam, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Datuk Abduk Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan.

Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Tindakan Hannah Yeoh menolak usul
Loading...
memperkasakan dan memperkukuhkan institusi mahkamah syariah di negeri itu untuk dibahaskan baru-baru ini, dilihat memperlekehkan kuasa Sultan Selangor.

Menurutnya tindakan menolak usul berkenaan yang melibatkan aspek memperkasa struktur dan bidang kuasa perundangan serta tenaga manusia juga dianggap menafikan hak orang Islam di Selangor yang ingin melihat institusi mahkamah syariah diperkasakan.

Justeru, tegasnya, penolakan usul berkaitan untuk dibahaskan tidak sepatutnya berlaku.

“DUN sepatutnya memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk bercakap dan mempertahankan atau memperkasakan hak mereka terutama hak orang Islam yang merupakan sebahagian penduduk atau pengundi di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Musa, mahkamah syariah di negeri itu adalah di bawah kuasa Sultan Selangor sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Enakmen No. 1 Tahun 2003) yang memperuntukkan bahawa:

1-Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menu­buhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Sela­ngor di tempat-tempat yang difikirkan patut.

2-Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta me­nubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Selangor.

3-Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam Warta me­nubuhkan suatu Mahkamah Ra­yuan Syariah bagi Negeri Selangor.

Justeru katanya, kuasa penubuhan adalah termasuk kuasa memperkasakan mahkamah syariah yang di bawah kuasa Sultan Selangor.

Usul memperkasa dan memperkukuhkan institusi mahkamah syariah dibawa oleh Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dalam sidang DUN Selangor pada 6 November lalu.
Loading...
Back To Top