Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Saya selalu jadi mangsa pembohongan pembangkang – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak hari ini menjelaskan beliau sering menjadi mangsa tohmahan pembangkang terutama melalui media sosial yang suka menyebarkan perkara yang tidak sahih.

“Saya sering jadi mangsa pembohongan sebegini. Gambar waktu berada di hotel di Beijing, saya ketika itu dan beberapa orang menteri ada bersama saya, isteri dan duta kita ada.

“Tapi dalam media sosial diviralkan kononnya isteri saya didakwa bersama yang lain hadir dalam mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.

“Padahal kami berada di Beijing sedang fikir macam mana nak balik ke Malaysia sebab ada kemangkatan Sultan Perak, kami
Loading...
putuskan uruskan perjalanan balik,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Perhimpunan JKKK)/JKKKP)/JKKKOA serta Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Pada masa yang sama, Najib mengingatkan semua pihak supaya mengkaji kesahihan berita sebelum mempercayai sepenuhnya.

“Apa-apa berita yang disampaikan tolong selidik dulu, tuhan pun suruh kita siasat, kalau tidak, kita akan lakukan kezaliman kepada orang lain.

“Tapi dalam media sosial banyak pembohongan dan banyak pendapat. Dalam keadaan kita, opinion maknanya pendapat kita. Tak semestinya pendapat kita benar,” ujarnya lagi.

Sementara itu Najib menjelaskan beliau tidak  meninggalkan pembangunan luar bandar, malah akan diteruskan dengan pendekatan yang berbeza.

“Ia berbeza dengan pembangkang jika mentadbir negara kerana akhirnya DAP akan mendominasi segala kuasa yang ada sekaligus mengabaikan kepentingan rakyat di luar bandar,” katanya.
Loading...
Back To Top