Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dua malam pegawai Guan Eng jadi 'tetamu' majlis UMNO...

Semoga terbuka hatinya kepada UMNO... ini kisah orang Melayu yang menjadi pegawai penerangan Lim Guan Eng, Zaidi Ahmad,  sudah dua malam berturut-turut menjadi 'tetamu' jelajah Dialog Perjuangan4All anjuran UMNO di negeri itu.

Selasa malam, Zaidi yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bermasalah menyertai program di Balik Pulau manakala pada malam Rabu di Wisma Transformasi Permatang Pauh.

Dalam jelajah yang diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa itu, Zaidi yang dipecat daripada TUDM mengajukan soalan mengenai laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 1Malaysia Development Berhad
Loading...
(1MDB).

Annuar dalam jawapannya, berkata Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa paling berpengaruh dunia, pernah mengandaikan Iraq menyimpan senjata kimia, sebelum negara teluk itu akhirnya musnah akibat peperangan.

"DoJ baru keluar laporan, belum buka kes dan belum ada afidavit. Bagaimana dengan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) yang sedang didakwa di mahkamah tetapi masih meneruskan tugasnya di pejabat seperti tiada apa-apa," katanya.

Selain Annuar, program itu turut menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai ahli panel, manakala Datuk Shamsul Najmi Shamsudin bertindak sebagai moderator.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu, Annuar berkata tindakan Zaidi itu membuktikan DAP kini bersifat lebih agresif terhadap lawan politiknya.

"Di negeri lain ada juga peserta program daripada parti pembangkang, tetapi kebanyakan mereka adalah ahli biasa dan tiada jawatan tinggi seperti Zaidi.

"Tetapi di Pulau Pinang ada kelainan sedikit. DAP nampaknya lebih agresif, namun tidak mengapa, kerana saya suka soalan bersifat provokatif," katanya.
Loading...
Back To Top