Kecekapan polis terbukti lagi selepas berjaya menangkap perompak berselipar dyang bikin gempar selepas melarikan RM600,000 dari bilik kebal sebuah bank di Bukit Damansara bulan lalu.
Suspek berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Batu Beremdam, Melaka sekitar jam 7 malam Rabu oleh sepasukan penyiasat dari Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenainya.
Suspek merupakan bapa kepada dua orang anak dan ditahan reman empat hari.
Sumber berkata polis juga menjumpai wang sejumlah RM80,000 di sebuah rumah di Kuala Lumpur.
Difahamkan, sehari selepas melakukan rompakan, suspek

Loading...
membahagikan wang tersebut kepada lima individu lain untuk menyimpannya.
Polis juga menggesa individu terbabit menyerah diri atau akan berdepan tindakan tegas apabila berjaya dikesan kelak.
Pada 19 September lalu dilaporkan seorang lelaki menyamar sebagai penyelenggara alat pemadam kebakaran yang memakai kemeja-T, berseluar pendek Bermuda dan berselipar, berjaya melarikan sejumlah RM600,000 daripada bilik kebal sebuah bank di Bukit Damansara.
Pencuri itu dikatakan tenang dan yakin dan memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari pada 8 September.
Dia berpura-pura memeriksa alat pemadam berhampiran sewaktu kakitangan sibuk dan kemudiannya menghampiri bilik kebal.
Apabila ketua juruwang masuk ke bilik itu, suspek meletakkan sekeping magnet pada selak pintu kunci berautomatik – menghalang selak itu terkunci secara automatik apabila ditutup.
Beberapa minit selepas ketua juruwang keluar, lelaki itu masuk ke bilik kebal dan memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawanya, dan dengan tenang keluar daripada bank.