Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tak boleh dok main selamat lagi kali ini... sebaliknya beliau perlu menyatakan terhadap isu perobohan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang, semalam.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PSM A Sivarajan meminta Azmin supaya menyatakan pendirian Kerajaan Negeri Selangor para peneroka seperti penghuni-penghuni yang telah di benarkan mendirikan rumah apabila Masjid Subang Airport dibina sekitar.
“Adakah Kerajaan Negeri akan melayan mereka seperti penceroboh haram atau mereka sebagai penghuni 20 lebih tahun yang ada hak ekuiti?” soal Sivarajan.
Beliau turut menyatakan bahawa wujudnya satu persefahaman Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) United Nations Declaration against Forced Eviction, iaitu pengusiran paksa.
“Apa yang berlaku semalam adalah pengusiran paksa, iaitu pengusiran tanpa penempatan semula,” tegas Sivarajan.
Terdahulu semalam, Kerajaan Negeri didakwa tidak menghalang satu operasi yang merobohkan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang.
Pihak polis turut menahan sembilan individu kerana menghalang tugas penjawat awam ketika menjalankan operasi merobohkan tersebut.
Bekas bilal masjid tersebut, Abdul Razak

Loading...
Said berasa kecewa dengan tindakan perobohan itu sedangkan pihaknya sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 September lalu.
Beliau mendakwa, mereka tinggal di situ sejak 1993 dengan kebenaran nazir masjid sebelum itu dan menuntut pampasan RM400,000 untuk berpindah namun, tidak dipersetujui MAHB yang hanya mahu membayar RM5,000 setiap seorang.
Tanah itu adalah tanah persekutuan tetapi, dipajak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selama 60 tahun dengan mewartakannya termasuk kediaman mereka sebagai kawasan masjid.
Selain Abdul Razak, seorang lagi bekas pegawai masjid, Yaakob Abdul yang mendakwa dipaksa mengosongkan kediaman selepas kerana menceroboh.
Mengulas keluhan Abdul Razak dan Yaakob Abdul, Sivarajan bertanya apakah tindakan MB sejak Razak dan Yaakob dtg ke SUK hantar memo pada bulan Nov 2016.
“Razak dan Yaakob hanya failkan kes mahkamah pada Mac, 2017, setelah gagal mendapatkan apajua maklumbalas dan campurtangan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan notis itu,” katanya sambil menambah kenapa tiada tindakan dari MB Selangor ketika Razak dan Yaakob datang sekali lagi ke pejabat MB hantar memorandum yang kedua pada 7 Mac 2017.
“Mereka hanya minta untuk MB aturkan rundingan bersama MAHB dan Kerajaan Negeri agar satu penyelesaian diperolehi,” jelasnya.
Sivarajan turut mendedahkan bahawa kedua-dua mereka melawat kali ketiga ke pejabat MB pada 8 September yang lalu bagi memohon bantuan Kerajaan Negeri.
Namun, tiada respons dari Kerajaan Negeri.
Untuk rekod, Azmin Ali semalam berkata kerajaan negeri bersetuju menawarkan unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua keluarga berkenaan.