Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KISAH SEDIH PEMERGIAN DATUK HAMIDAH OSMAN DARIPADA PPBM….PADAN MUKA TOTOK MADEY KONONNYA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah berusia 53 kali Jumaat semakin menyedihkan. Setiap kali Jumaat, pasti ada jiwa yang tampil menyatakan kekecewaan mereka terhadap parti baharu itu.



Terkini kita lihat bagaimana seorang penyokong paling totok Tun Dr Mahathir Mohamad dari Perak iaitu Datuk Hamidah Osman mengejutkan dunia apabila bertindak meletakkan jawatan dan keluar PPBM serta merta.



Ramai tidak menyangka, sebagai seorang srikandi perjuangan Dr Mahathir itu Hamidah mengambil keputusan yang agak drastik bagi PPBM dan amat tepat bagi pemerhati politik di Malaysia.



Ia dilakukan sejurus selepas seorang lagi penyokong tegar Dr Mahathir dari Langkawi meninggalkan PPBM iaitu Anina Saadudin.



Rupanya Hamidah masih memiliki roh orang Melayu. Dalam jiwa kecil bekas pemimpin Wanita UMNO Malaysia itu masih tersemat nilai-nilai ketimuran dan kehalusan nurani bangsa Melayu.



Hamidah mengaku antara sebab dia mengambil keputusan berat
Loading...
meninggalkan perjuangan idola sehidup sematinya Dr Mahathir itu adalah kerana PPBM dipenuhi virus keretakan yang maha dahsyat dan tiada lagi unsur-unsur keMelayuan dalam diri pemimpin mudanya.



Secara jelas Hamidah memberitahu bahawa dia terlalu kecewa dengan sikap Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak reti menghormati orang tua dan bersikap biadap.



Malah katanya, Syed Saddiq turut disokong oleh pucuk pimpinan parti itu seolah-olah ‘menghalalkan’ tindak tanduknya yang kurang ajar kepada orang yang lebih tua.

Sikap Hamidah kini sudah mula berubah. Jika dahulu di awal kemunculan Deklarasi Rakyat dan penubuhan PPBM, Hamidah bagaikan ‘gila meroyan’ apabila ke mana sahaja dia pergi, dia akan meminta rakyat membantu perjuangan PPBM untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.



Namun dia kini sudah kembali ke pangkal jalan apabila dia beristighfar seketika dan menilai melalui jiwa yang dalam dan tenang. Akhirnya dia mendapat jawapan bahawa perjuangan PPBM bukanlah perjuangan sebenar yang menguntungkan bangsa Melayu.



Kisah sedih Hamidah ini harus dinilai secara iman dan akal yang baik oleh semua terutama yang masih berada dalam PPBM. Jika kita terus menerus mengikut hawa nafsu dan rasa marah, sudah pasti kita akan terus menyokong kehendak Dr Mahathir yang bersifat peribadi itu. Sedarlah wahai Melayu! –Tv14
Loading...
Back To Top