Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MAT SABU: DULU MAHATHIR BAPAK PEROMPAK, SEKARANG NEGARAWAN LA PULAK

HIPOKRASI politik Mahathir sampai ke kemuncak bila dia mencari Mat Sabu untuk memanggilnya negarawan – gelaran yang dah lama hilang sejak Mahathir menjemput campur tangan asing nutuk menjatuhkan kerajaan.  Ia adalah Mahathir yang mengundang campur tangan asing dalam soal 1MDB apabila menghantar orang-orangnya membuat laporan mengenai 1MDB ke 7 buah negara luar.

Bila siasatan dijalankan, Mahathir berkata itu bukti Najib telah memalukan negara, padahal siasatan itu tidak akan berlaku kalau bukan orang Mahathir membuat laporan dulu. Sehingga kini, tak satu pun dari laporan tersebut yang dibawa ke Mahkamah kerana tidak ada bukti, hanya agak-agak dan persepsi.

Kita tak seharusnya hairan kenapa Mat Sabu jadi
Loading...
pilihan Mahathir.  Mulut Mat Sabu diketahui umum lebih fleksibel dari sesungut sotong.  Dia boleh cakap hampir apa saja ikut kepentingan politiknya dan Mahathir tahu itu.  Contoh banyak, pernah hari ni Mat Sabu panggil Anwar Sheikh Al Jubori, esok puja macam wali.  Semalam panggil Mahathir Bapak perompak negara, hari ni dah negarawan pula.

Betul  kata pepatah, orang kalau dah terdesak, tahi hanyut pun boleh jadi pelampung.  Dalam hal ini siapa tahi siapa pelampung, fikir sajalah.

Persoalannya sampai bila rakyat harus terleka dengan hipokrasi tahap tertinggi ini?  Kita tahu kerjasama di antara mereka hanya pura-pura kerana nak merampas kuasa untuk kepentingan sendiri semata-mata.  Tiada langsung kepentingan rakyat termasuk dalam agenda mereka.

Mat Sabu tidak pernah menarik gelaran bapa perompak yang dilemparnya terhadap Mahathir, Mahathir tidak pernah menarik balik semua bahasa buruk yang pernah digambarkannya mengenai Mat Sabu dan hari nii kita nak kena percaya mereka boleh bekerjasama begitu saja?

Jangan ingat rakyat bodoh.
Loading...
Back To Top