Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anina Mahu Jumpa Najib Mohon Masuk UMNO....Tak Payah Lah Orang Macam Ni

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin dikatakan mahu meninggalkan parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad dan ingin kembali menyertai UMNO.
Menurut sumber, pemimpin wanita parti bunga raya itu menghubungi seorang pemimpin tertinggi UMNO bagi memaklumkan mengenai hasratnya itu.

Beliau juga mahu salah seorang pemimpin tertinggi UMNO itu mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.“Beliau (Anina) ada menghubungi saya memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan PPBM dan ingin kembali menyertai UMNO.

“Dia meminta saya mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi tujuan itu, namun, saya hanya diamkan saja.“Bagi saya, jika beliau hendak keluar PPBM keluarlah…sebelum ini bukan main lagi serang
Loading...
UMNO, sehingga saman Perdana Menteri,” kata seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kepada Watan-Online.

Kemelut dalam PPBM tercetus apabila Anina disingkirkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM kerana dikaitkan dengan skandal seks.Anina sebelum dipecat daripada UMNO lantang mengkritik kepemimpinan Najib, malah mencabar keputusan parti itu yang menyingkirkannya.

Sementara itu catatan di laman sosial Facebooknya, Anina melahirkan kekecawaannya terhadap PPBM yang meminggirkannya sempena ulang tahun pertama parti itu.
Anina mendakwa beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan parti serpihan UMNO itu.

Kekecewaan itu diluahkan panjang lebar dalam tulisan di Facebook milik Anina setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’ dari politik tanah air setelah pemecatannya lewat tahun lepas.
“Hari ini majlis ulangtahun pertama penubuhan PPBM. Baru umur setahun, satu-satunya ibu yang mengasaskan parti ini langsung tidak menerima sebarang jemputan ke majlis yang diadakan di Muar, Johor.

“Jika saya dilupakan, beritahu saya bagaimana mungkin saya percaya parti ini akan mengingati begitu ramai insan yang menggerakkan perjuangan ini sejak lebih dua tahun yang lalu,” luah beliau.
Loading...
Back To Top