SHAH ALAM: Datuk Jamal Md Yunos memberitahu beliau sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya kali ini.
Ujarnya, hasratnya mencabar penyandang kerusi DUN itu, Datuk Seri Azmin Ali bukan sekadar gimik seperti beberapa tindakannya sebelum ini.
"Sebabnya saya mahu bertanding di Bukit Antarabangsa ialah kerana tidak ada cabaran kalau saya bertanding di Sungai Besar.
"Saya hendak cabaran yang sebenar.
"Itu sebabnya saya tawarkan diri di Bukit Antarabangsa. Ini bukan gimik. Ini betul-betul.
"Kalau saya takut kalah, saya tak akan minta bertanding di Bukit Antarabangsa. Lebih baik bertanding di Sungai Besar atau Sekinchan, kerusi yang selamat untuk saya,” katanya dipetik sebuah

Loading...
portal.
Menurut Jamal, beliau akan melancarkan pusat khidmat di DUN Bukit Antarabangsa yang terletak dalam kawasan Parlimen Ampang.
"Kita akan lancarkan jentera pilihan raya di Bukit Antarabangsa terlebih dulu.
"Saya percaya saya boleh memenangi hati rakyat untuk mengembalikan kerusi ini kepada BN kerana dalam masa dua penggal dengan Azmin, tak ada perubahan pun," katanya lagi.
Azmin, wakil rakyat Bukit Antarabangsa sejak PRU 2008, mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan mengalahkan calon BN, Mohamad Nadzim Ibrahim dengan majoriti 4,044 undi.
Pada PRU13, kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai 57% pengundi Melayu, 36% Cina and 6% India.
Jamal bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya pertimbangan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau boleh menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atau tidak.
"Keputusan pada Perdana Menteri (Najib Razak). Saya sudah buat yang terbaik. Kalau ada potensi jadi calon, saya harap perdana menteri akan turunkan saya.
“Saya sudah nyatakan hasrat pada (Ketua Umno Bahagian Ampang) Datuk Ismail Kijo yang saya serius mahu bertanding.
"Pada awalnya ada rungutan tetapi saya berjaya yakinkan mereka bahawa apa yang saya lakukan ini untuk kebaikan Selangor," katanya lagi.