Loading...
PASIR PUTEH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad terperangkap dalam politik kebencian yang dimainkan pakatan pembangkang.
Katanya, sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dr Mahathir harus sedar politik sedemikian amat berbahaya dan sangat tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Beliau berkata, pakatan pembangkang sentiasa menanam sentimen rakyat bahawa semua yang dibuat kerajaan untuk pembangunan dan kemakmuran negara adalah tidak betul.
"Jadi saya kira parti politik pembangkang harus profesional dan tidak wajar sama sekali menanam politik kebencian.
"Pada saya, Tun Dr Mahahtir juga adalah salah seorang ahli politik yang termasuk dalam politik kebencian ini di mana semua yang membabitkan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menimbulkan kebencian dalam dirinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO bahagian Pasir Puteh, di Kompleks UMNO Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Wanita UMNO bahagian, Zurina Ripin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Mohamad Yusri Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sudah sampai masanya rakyat menilai pendirian parti pembangkang dan membuat pilihan yang baik untuk memaju serta memakmurkan negara.