Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

TOK PA ANGGAP AMBIGA PENAKUT

Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga disifatkan sebagai keras kepala dan penakut kerana tidak berani berterus terang terhadap maklumat yang diberikan kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengenai dakwaan pemimpin Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Ambiga perlu bertanggungjawab kerana dakwaanya itu telah mencemarkan imej Presiden Pas,
Loading...
Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain berlaku kerosakkan dalam parti tersebut.

“Tindakan Ambiga yang tidak berterus- terang jelas menunjukkan dia mengada-adakan cerita bahawa Abdul Hadi menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

“Apabila dia (Ambiga) membuat dakwaan dan tidak mahu menjelaskan perkara sebenar jelas menunjukkan dia tidak ada bukti. Sebab itu dia takut dan tidak mahu berterus-terang.

“Apa yang pasti dakwaan tidak berasas itu telah mencemarkan imej Pas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Perkampungan Felcra Bukit Tandak di sini hari ini.

Dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu, Brown menjelaskan Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MDB kepadanya pada Julai tahun lalu.

Menurut Brown, Ambiga me­nyatakan kepadanya bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan menjangkakan jumlah yang dibayar berjumlah kira-kira RM90 juta.- UTUSAN ONLINE
Loading...
Back To Top