KOTA BHARU – Akibat mahu poligami, seorang lelaki berusia 55 tahun menerima lebih 15 jahitan selepas ditetak isteri dengan menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa ditetak di bahagian kepala, dahi kanan dan lengan kanan yang menyebabkan kecederaan.
Berikutan kejadian terbabit, sekeping gambar lelaki itu yang cedera ditetak di bahagian kepala menjadi viral di laman Facebook sejak petang ini dan menerima pelbagai
Loading...
reaksi netizen.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.
“Ketika kejadian, mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.
“Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri keluar rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.
“Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka sudah kembali berbaik,” katanya. – BH