BUKIT SELAMBAU - Tiga suspek diberkas manakala seorang lagi masih bebas sementara seorang mangsa yang diikat serta lebam akibat dipukul ditemui dalam kejadian kejar mengejar dan berbalas tembakan dekat Bukit Selambau awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Saifi Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku apabila polis menerima makluman awal dari seorang pengadu mengatakan ada kes pergaduhan dan melepaskan  tembakan.

Menurutnya, pada jam 4.30 pagi anggota Task Force Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menerima panggilan pengadu yang mengatakan berlaku pergaduhan selain memberitahu dia dan rakannya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.

"Pengadu telah berjaya melarikan diri dan semasa melarikan diri pengadu dikatakan ada terdengar bunyi tembakan ke arahnya tetapi tidak kena.

"Pengadu kemudian telah minta bantuan dari pihak polis untuk selamatkan salah seorang rakannya yang telah dibawa lari oleh suspek.

"Pada jam 5.15 pagi sepasukan pegawai dan anggota sampai ke lokasi dan telah berjumpa  pengadu di lokasi dan sahkan suspek ysng terlibat dikenalpasti sebagai "man askar" yang telah menembak pengadu," katanya.

Katanya, atas maklumat yang diterima, polis terserempak dan menghampiri dua buah kereta jenis Naza Ria dan